SEDAR bukan mudah membesarkan anak istimewa seperti autisme, pelakon Aeril Zafrel meminta ibu bapa yang berdepan situasi itu agar segera merujuk pakar bagi mendapatkan rawatan. Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, walaupun ada di antara mereka tidak dapat menerima hakikat atau berasa malu namun membiarkan anak istimewa tanpa rawatan tidak sepatutnya berlaku. "Kita tidak berada ditempat mereka, jadi tak boleh sewenang-wenangnya kita cakap sabar. Aeril dan Wawa faham untuk besarkan anak bukan perkara yang mudah. "Ada ibu bapa yang tak boleh terima anak mereka autisme dan tidak membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya. "Mungkin juga sebab mereka malu tapi bagi saya kalau sudah nampak sebarang simptom segeralah mendapatkan rawatan," katanya kepada mStar. Aeril berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: ‘“Wawa sudah cukup cantik” - Aeril Zafrel tak terfikir menduakan isteri, ingat anak-anak kalau ada ‘bisikan’ jahat ARTIKEL BERKAITAN: “Sayang jangan tutup kilang dulu ya” - Wawa Zainal hamil anak keempat, Aeril Zafrel nak cukupkan 5 Dalam pada itu, Aeril berkata, memiliki anak autisme seharusnya dilihat daripada sudut positif malah ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa sangat beruntung kerana mereka adalah ladang pahala. Walaupun tidak mempunyai anak istimewa namun sebagai bapa Aeril percaya kasih sayang sama rata dan tidak berbelah bahagi patut diberikan kepada anak-anak. "Jika kita ditakdirkan dikurniakan anak autisme, anggaplah itu ladang pahala kita," katanya. Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Aeril iaitu Abrnormal Buas bakal ditayangkan pada 20 Jun ini yang turut dibintangi Kodi Rasheed, Jalil Hamid dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Aeril dan Wawa kini sudah memiliki empat cahaya mata. Filem terbitan Respected Netizen Sdn Bhd itu merupakan naskhah kedua selepas Sabda Kekasih. Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan selama 11 tahun, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!