suria

Dituduh perguna pembantu rumah berniaga cilok, Norreen Iman mahu bantu Bibik Anah jana pendapatan

Norreen rela bayar lebih untuk Bik Anah.

PELAKON dan personaliti media sosial Norreen Iman menyangkal dakwaan dia mengambil kesempatan terhadap pembantu rumah warganegara Indonesia untuk mengaut keuntungan.

Norreen, 30, sebaliknya menjelaskan dia hanya ingin membantu wanita dikenali sebagai Bibik Anah itu menjana pendapatan lebih dengan bakat memasak dimilikinya.

“Ada yang cakap saya gunakan Bik Anah. Ya betul, saya gunakan dia untuk kayakan dia.

reen 1

Norreen jawab mengenai tuduhan peminat kepadanya.

“Dekat kampung dulu, dia ‘masyuk’ jual cilok dan madu tapi selepas suaminya tak sihat, dia terpaksa menjaga suaminya pula,” katanya.

Norreen berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok pada Jumaat.

Tiada niat tersembunyi, Norreen menegaskan dia hanya sekadar ingin membantu wanita berkenaan kerana bersimpati dengan kepayahan dilaluinya.

Cerita Norreen, Bik Anah berkorban dengan merantau ke Malaysia untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan dan rawatan suami serta anak perempuan mereka di Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman banyak menangis sepanjang umrah, luah hasrat kembali ke Tanah Suci pada Ramadan

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil manis berhijab, Norreen Iman menangis padam gambar lama di IG - “Rindu tapi tak menyesal”

“Anak perempuannya dekat kampung, Hafizah. Pelajar terbaik malah dapat biasiswa penuh dan boleg pilih nak belakar dekat mana.

“Tapi anaknya pilih untuk tidak menyambung pengajian sebab mahu menjaga bapanya yang sakit.

“Sebab katanya dekat mana-mana pun boleh belajar al-Quran. Masya-Allah! Jadi Bik Anah datang ke Malaysia untuk menyara suami dan anak,” jelasnya.

Bercakap mengenai perniagaan makanan ringan cilok, Norreen menjelaskan keuntungan dikongsi bersama memandangkan dia mengeluarkan modal untuk perniagaan tersebut.

Sejak dia kerja dengan saya, banyak perubahan juga dalam rumah ini.

NORREEN IMAN

PELAKON

Malah katanya, Bik Anah semakin bersemangat memasak juadah asal Indonesia itu selepas mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.

“Bik Anah tak payah keluar modal dan kami buat sama-sama cilok. Untung kita kongsi... Mak, adik ipar dan Razzi pun sama-sama tolong.

“Korang tahu tak, dia semangat sangat buat cilok ni. Dia tak kisah nak buat lebih 100 bekas sehari tapi saya kata tak boleh sebab nanti dia penat. Dia senyum lebar, gembira jer,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai pembantu rumahnya itu, Norreen memberitahu kehadiran Bik Anah banyak membawa perubahan pada dirinya dan keluarga.

Malah wanita itu juga banyak mengingatkan dia tentang solat dan membuka matanya tentang hal berkaitan agama.

reen 3

Kemesraan Bik Anah dan Norreen jadi perhatian.

“Saya memang tak kisah bayar dia lebih sebab dia banyak bantu saya.

“Dia selalu ingatkan saya solat. Sejak dia kerja dengan saya, banyak perubahan juga dalam rumah ini.

“Bik Anah tak pernah tinggal solat Tahajud setiap malam dan saya lihat dia bangun setiap pukul 3 pagi.

“Dia banyak buka mata saya. Saya sayang dia,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain