suria

Rakan terkejut Azlan The Typewriter minta RM3,000, rupanya WhatsApp kena godam

Azlan meminta rakan dan kenalannya agar berhati-hati.

VOKALIS kumpulan The Typewriter iaitu Azlan mendedahkan aplikasi WhatsApp miliknya telah digodam bagi tujuan kegiatan penipuan.

Azlan atau Nor Azlan Rosle Sallehudin, 42, berkata, dia menyedari perkara itu pada Khamis selepas rakannya menerima mesej dan panggilan daripada individu tidak dikenali menggunakan WhatsApp miliknya.

"Saya cuma nak beritahu semua, WhatsApp saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ringkas.

azlan 1

Video yang dikongiskan Azlan di Instagram miliknya.

Azlan berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.

Kata Azlan, individu berkenaan turut meminta wang sebanyak RM3,000 daripada rakan-rakannya untuk tujuan yang tidak dapat dipastikan.

Malah dia berharap orang ramai tidak terpedaya sekiranya menerima panggilan mahupun mesej melalui nombor telefonnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Typewriter patah kaki kiri, tergelincir semasa ‘hiking’ di Semenyih - “Tanah licin, bukit pula menjunam... saya hilang imbangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Azlan Typewriter, majlis konvo jadi konsert! Graduan pemalu gamatkan dewan, tak percaya dirinya mampu buat ‘show’ sendiri

Bagaimanapun, Azlan tidak menjelaskan lebih lanjut tindakan yang bakal diambil olehnya.

"Sekiranya kalau ada panggilan ataupun WhatsApp daripada nombor saya itu, itu adalah bukan saya. Jadi, berhati-hati semua.

“Ini kejam. Diorang (scammer) sudah mula minta RM3,000 dekat kawan-kawan saya. Jadi, berhati-hatilah... Game dah mula dah ni,” katanya lagi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meminta agar Azlan membuat laporan polis sebagai langkah melindungi dirinya.

azlan 3

Netizen nasihatkan Azlan untuk buat laporan polis.

Malah menerusi ruangan komen, beberapa kenalan Azlan mengakui menerima panggilan dan mesej menggunakan nombornya.

"Benda ini dah banyak kali jadi, minta abang Azlan buat laporan polis saja.

"Saya sudah kena. Dia ada minta saya transfer RM3,000 tadi," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain