suria

Berkat kerja keras staf dan sokongan pendengar, Suria FM raih anugerah di Asia-Pacific Broadcasting+ 2024

DJ Lin bergambar bersama Ketua Editor Asia-Pacific Broadcasting+ iaitu Tim Charlton.

STESEN radio Suria FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dipilih sebagai penerima trofi kategori Penstriman Radio Secara Langsung di Malaysia di Asia-Pacific Broadcasting+ 2024.

Pengurus besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin memberitahu kejayaan dikecapi tidak akan diperoleh tanpa usaha keras semua kaki tangan stesen radio berkenaan dan sokongan pendengar.

“Mewakili Suria FM, kami sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024.

WhatsApp Image 2024-05-31 at 1.16.22 PM (1)

DJ Lin ketika memberi ucapan di anugerah tersebut.

“Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi semua pendengar setia kami," katanya.

Anugerah tersebut berlangsung di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura pada Khamis.

Dalam pada itu, DJ Lin turut menitipkan ucapan terima kasih kepada para pendengar yang sentiasa memberi sokongan yang kuat kepada Suria FM sehingga ke hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat Suria FM! Cipta sejarah The Malaysia Book of Records radio pertama ‘on air’ atas kapal belayar

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin kekal jadi pilihan pendengar, tahun keempat menang anugerah ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai’

“Terima kasih kepada pihak Asia-Pacific Broadcasting+ atas anugerah ini, juga kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio.

"Kejayaan ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada anda semua,” katanya.

Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ merupakan sebuah acara menarik yang bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi.

Program ini terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain