suria

Penampilan Tyzo tak cukup Islamik, perubahan pada hati bukan pakaian

Tyzo dikecam gara-gara gaya pakaiannya didakwa tidak melambangkan orang Islamik.

SEJAK bergelar penyampai radio IKIMfm, penampilan Tyzo Xander mendapat kecaman netizen yang mendakwa tidak menunjukkan ciri Islamik.

Pelik dengan kritikan tersebut, Tyzo atau Tuah Zolqarnain Idris menjelaskan pemakaian seseorang itu tidak mencerminkan perwatakan sebenar seseorang.

"Kecaman fasal pemakaian ini boleh buat makan ubat pening jugalah! Hanya kerana saya bekerja di stesen radio Islamik, pendengar mahu saya berubah ke arah itu juga.

size NP 1 - 2024-05-31T123156.493

Tyzo merasakan hati seseorang lebih penting berbanding pakaian.

"Secara peribadi perubahan itu datang daripada hati. Kalau berubah penampilan adakah saya kena pakai kopiah, berjubah baru nampak saya Islamik?

"Pada saya semuanya terletak pada hati. Tak perlu nak pakai jubah hanya untuk tunjuk pada orang kita sudah berubah," katanya kepada mStar.

Tyzo berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Kasih Tyzo dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang diadakan pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Tyzo memberitahu dia tidak terlalu mengambil serius mengenai kecaman diterima kerana kebanyakan komen dibuat menggunakan akaun palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tyzo jadi diri sendiri di radio Islamik, baru sedar jiwa minat ilmiah berbanding hiburan

ARTIKEL BERKAITAN: Tyzo fokus bantu pelajar sekolah kurang berkemampuan, percaya pendidikan mahu ubah nasib

Tyzo menganggap ada pihak sengaja cuba membangkitkan isu agar lebih ramai netizen menyerangnya di media sosial.

"Alhamdulillah selepas dua bulan, kecaman semakin berkurangan mungkin sebab mereka sudah menerima saya seadanya.

"Kalau buka profil yang kecam rata-rata akaun palsu. Mungkin juga ada cybertroopers yang dihantar serang saya.

"Benda sebegini adalah cabaran untuk saya tapi tidak mengapa, saya tetap akan cuba yang terbaik," jelasnya.

size NP 1 - 2024-05-31T122937.289

Tyzo ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Kasih Tyzo dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Untuk rekod, Tyzo mula bertugas sebagai deejay IKIMfm sejak Mac lalu.

Tyzo bergandingan dengan rakan penyampai Suffian Amrin dan Luqman Hakim menerusi segmen Inspirasi Pagi setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam perkembangan lain, Tyzo memberitahu kerjasama dengan MyCARE akan menyantuni 98 orang pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Inisiatif fasa pertama Sarapan Pagi Kasih Tyzo itu bakal dilaksanakan pada 4 Jun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain