SELEPAS sekian lama, pasangan adik-beradik Bella dan Didi Astillah kembali bergabung dalam sebuah lagu baharu berjudul Bermanja-Manja. Ini juga merupakan kolaborasi pertama mereka tampil dalam lagu yang turut dijadikan runut bunyi (OST) drama Leha Leya Lawa yang turut menampilkan mereka sebagai pelakon. Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, tidak sukar mencari keserasian dalam menghayati lagu tersebut memandang hubungan rapat antara mereka sejak kecil. "Dari segi perbincangan dan persefahaman sangat mudah kerana bergandingan bersama adik kandung. Bella dan Didi mudah cari keserasian dalam rakaman lagu. "Lagu ini sangat ceria, lirik mudah difahami dan santai membuatkan kami berjaya merakamkan Bermanja-manja hanya dalam masa dua jam serta dengan keadaan tenang dan tidak tertekan," katanya. Berkongsi lanjut, kata Bella dia dan Didi juga diberi kebebasan untuk berkongsi idea ketika merakamkan lagu ciptaan bersama Mas Dewangga serta Jova Devito ini. Mengetengahkan genre pop, Bella dan Didi juga berharap lagu kali ini mudah mendapat tempat dalam kalangan peminat selain memberi sambutan terhadap drama berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahu fokus kes cerai, Bella Astillah enggan layan permohonan maaf Ruhainies ARTIKEL BERKAITAN: “Cukup Kak Long saja gagal dalam perkahwinan” - Bella Astillah minta kekasih adik setia, hormat keluarganya "Kami amat berbesar hati dan gembira kerana diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama Leha Leya Lawa. "Proses rakaman juga menjadi mudah kerana hasil kerjasama dengan Mas Dewangga sangat membantu serta memberi idea yang secara tidak langsung membangkitkan rasa senang untuk bekerjasama. "Kami berharap Bermanja-manja mendapat tempat di hati pendengar malah berharap ia trending di TikTok," ujarnya. Drama Leha Leya Lama turut menampilkan Bella dan Didi sebagai pelakon utama. Sementara itu Mas Dewangga memberitahu amat berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Bella dan Didi sehingga lagu ini berjaya disiapkan. "Mereka sangat memberi kerjasama, kreatif dalam memberi idea dan perkongsian ketika sesi rakaman. "Dari segi penghayatan juga saya sangat berpuas hati kerana menepati apa yang ingin disampaikan. "Lagu ini amat bersesuaian dengan semua orang dan juga kepada sesiapa yang sedang mengalami masalah dalam hubungan cinta," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!