PENYANYI Hafiz Suip meminta orang luar untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung rumah tangganya bersama isteri iaitu Nureffy Jesreel Abdullah tanpa mengetahui cerita sebenar. Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, turut mengingatkan netizen tidak ikut campur dalam isu rumah tangga mereka seolah-olah mengenali dirinya. "Korang (netizen) tak kenal aku jadi korang jangan sembanglah macam korang kenal aku sangat. Ini siaran langsung saya, suka hatilah saya nak cakap apa," katanya. Hafiz mohon netizen untuk tidak membuat spekulasi tentang rumah tangganya. Hafiz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok story miliknya. Menurut Hafiz, dia terhibur apabila terbaca sebuah komen ditinggalkan netizen yang mendakwa dia bercerai kerana tidak tanggungjawab kepada isteri. "Saya ada terbaca satu komen yang kakak ini berkata 'dia bercerai sebab laki dia abaikan dia'. ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip luah rindu anak-anak, kapsyen 'goyah ke tu?' undang spekulasi peminat ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kalau ikut cara lama tak menjadi"... Hafiz mengaku ‘marketing’ warna rambut hijau berjaya naikkan nama "Saya rasa kelakar dengan komen dia," ujarnya. Sebelum ini, Hafiz memuat naik foto bersama anak-anaknya akaun TikTok miliknya memberitahu dia sangat merindui dua cahaya matanya itu. Apa yang menarik perhatian netizen, penyanyi lagu Awan Nano itu menggunakan tanda pagar atau kapsyen yang bertulis "Miss them so much... goyah ke tu? (tanda pagar) Terus bersinar, jangan main api". Sebelum itu, Hafiz dikatakan hilang selepas menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu. Malah timbul gosip hubungan rumah tangganya dengan Nureffy didakwa sedang bergolak. Hafiz dan isteri masih mengunci mulut enggan memberi sebarang kenyataan. mStar cuba mendapatkan penjelasan penyanyi berkenaan serta isteri namun gagal kerana mereka tidak menjawab panggilan dan mesej dibuat. Untuk rekod, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 7, dan Muhammad Alkaf Zayne, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!