suria

Aktres jaja cerita buruk, Amy Nur Tinie tak teragak-agak dedah namanya

Tinie tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan artis.

PELAKON Amy Nur Tinie mendedahkan seorang artis sering memburukkan namanya seolah-olah mahu menutup periuk nasinya dalam industri seni.

Pada awalnya, Tinie atau Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 28, tidak mengendahkan perkara itu namun mula berasa pelik kerana yakin tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap pelakon wanita tersebut.

Lebih mengecewakan, pelakon tersebut tidak mahu menerima sebarang tawaran jika ada pihak produksi mengambilnya berlakon.

amy1 - 1

Luahan Tinie yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Ada orang sampaikan yang pelakon wanita itu bercakap buruk melibatkan kerja saya.

"Dia tidak akan berlakon kalau ada pihak produksi turut mengambil saya sebab dia tidak mahu berada di satu set penggambaran dengan saya.

"Saya tak tahu kenapa dia benci sangat dengan saya. Kalau tak suka tidak mengapa tapi jangan sampai nak tutup rezeki orang lain," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar bikini Amy Nur Tinie bikin kecoh, rupanya 'throwback' ketika pertandingan ratu cantik di Mesir

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu 'caring' punca ramai jatuh cinta, Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita

Dalam pada itu, Tinie memberitahu sebelum ini mereka pernah beberapa kali bekerjasama dalam drama namun tidak pernah wujud sebarang salah faham.

Kata Tinie, dia tidak teragak-agak mendedahkan nama aktres berkenaan jika dia masih menyebarkan cerita buruk tentangnya.

"Kami pun baru tiga kali shooting sama, itu pun tidak banyak babak bersama. Sepanjang penggambaran kami okay sahaja, tak ada pun bermasam muka.

Kalau tak suka tidak mengapa tapi jangan sampai nak tutup rezeki orang lain

AMY NUR TINIE

PELAKON

"Pelakon ini pula depan-depan macam pijak semut pun tak mati. Lemah lembut.

"Saya tidak mahu sebut nama dia tetapi kalau sekali lagi dia kacau saya, saya tidak teragak-agak untuk kongsikan namanya," jelasnya.

Tambah Tinie, dia lebih berharap pelakon wanita itu menghubunginya daripada memburukkan dia kepada orang lain jika ada sebarang kesalahan dilakukan.

"Saya tidak tahu kenapa dia menyebarkan dekat orang lain yang cerita kononnya saya ini gedik, over dan berlawan dengannya.

amy2 - 1

Tinie mohon aktres berkenaan tampil untuk menghubunginya.

"Saya rasa dia lagi banyak bawa watak utama kerana dia mula berlakon dulu daripada saya. Jadi apa yang dia rasa insecure sangat?

"Dia ada nombor telefon saya, kalau memang ada yang dia tidak berpuas hati terus sahaja cari saya. Kenapa perlu nak memburukkan saya depan orang lain?," katanya.

Pada Khamis, Tinie meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pelakon wanita yang didakwa bercakap buruk tentangnya di Instastory miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain