suria

Doktor kesan pelbagai masalah kesihatan, Zara Zya bakal jalani pembedahan

Zara bakal menjalani pembedahan dan rawatan membuang cyst.

SELEPAS dua minggu dimasukkan ke hospital, pelakon Zara Zya akan menjalani pembedahan bagi membuang sista atau cyst dan fibroid pada pagi Jumaat.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berkata, tidak hanya itu dia juga akan memulakan rawatan bagi merawat sakit pada bahagian tulang belakang atau sindrom lumbar facet.

Jelas Zara, pada awalnya dia datang ke hospital bagi melakukan pemeriksaan penyakit arthritis namun doktor mengesahkan terdapat beberapa masalah kesihatan lain dihadapinya.

Zara sudah dua minggu ditraa

Zara sudah dua minggu menerima rawatan di hospital.

"Esok (Jumaat) saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan suntikan sendi facet.

"Pada awalnya saya hanya ingin buat pemeriksaan untuk sakit arthritis tetapi bersangkutan pula dengan masalah serviks facet dan sindrom lumbar facet.

"Bukan itu sahaja saya juga menghidapi cyst (Bosniak IV) pada bahagian buah pinggang kiri dan ada fibroid," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa berkampung di hospital tapi Zara Zya masih sempat 'lari' selesaikan kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Menakutkan! Zara Zya masih diganggu lelaki psiko, cuba bersabar tapi makin melampau

Zara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Dalam pada itu, Zara memohon maaf sekiranya dia ada melakukan kesalahan kepada semua.

Pelakon drama Risik Pada Hati ini turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Zara memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan.

Zara memohon maaf sekiranya ada melakukan kesalahan.

"Dengan rendah hati saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal atau pun tidak.

"Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya ya. Ujian ini dari Allah SWT dan saya reda dengan semuanya," ujarnya.

Pada 27 Mei lalu, Zara dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas dikesan menghidap sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain