suria

Mujurlah Siti Nurhaliza sedar sejak awal, bekas staff sakit kronik dapat pencen ilat dan rawatan dialisis

Siti laksanakan tanggungjawab dengan baik sebagai majikan.

BEKAS pekerja Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan penyanyi tersohor itu seorang majikan bertanggungjawab dan prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja.

Khairul Azmir Abdul Hamid, 58, berkata, sepanjang 20 tahun berkhidmat, Siti tidak pernah lupa membuat caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam melindungi pekerja.

"Siti memang seorang majikan terbaik. Dia tidak pernah culas mencarum Perkeso untuk pekerjanya.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan faedah diterima. Saya tidak menjangka akan mendapat manfaat sebanyak ini daripada Perkeso," katanya kepada mStar.

siti perkseo

Siti mengutamakan kebajikan setiap pekerja.

Khairul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media majlis penyerahan faedah Perkeso kepada kakitangan Siti Nurhaliza Legacy Sdn Bhd yang diadakan di Wangsa 118, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bapa kepada tujuh cahaya mata ini tidak lagi mampu bekerja kerana menderita strok selain penyakit buah pinggang kronik dan diabetes sejak dua tahun lalu.

Hasil semakan pihak Perkeso, Khairul merupakan pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969 (Akta 4) dengan rekod caruman sebanyak 272 bulan.

Hal ini melayakkan Khairul menerima faedah pencen ilat sebanyak RM3027.92 sebulan selain kemudahan dialisis sebanyak RM150 untuk setiap sesi rawatan menerusi Skim Keliatan di bawah Akta 4 Perkeso.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada kisah di sebalik, Siti Nurhaliza dalam fasa pemulihan rakam ‘Cinta Tak Mungkin’

ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkan kesihatan ibu, peminat puji Siti Nurhaliza siap bawa doktor peribadi bercuti ke Korea

Turut hadir Pengarah Perkeso Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Asri Ngosman yang menyerahkan replika cek diiringi oleh Siti mewakili syarikatnya.

Dalam pada itu, Siti, 45, memberitahu sebagai majikan dia memikul tanggungjawab besar dalam memastikan kebajikan semua pekerjanya terjamin.

Kata Siti, sejak membuka syarikat dia sudah mempunyai kesedaran untuk mencarum bagi melindungi hak setiap pekerja.

"Sebagai majikan kita mempunyai tanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan pekerja.

Siti memang seorang majikan terbaik. Saya tidak menjangka akan mendapat manfaat sebanyak ini.

KHAIRUL AZMIR ABDUL HAMID

BEKAS MAJIKAN SITI NURHALIZA

"Saya pernah melalui kerja keras yang sukar, saya rasa itu juga dilalui pekerja saya. Jadi perlu untuk saya melindungi mereka.

"Saya sudah mencarum Perkeso untuk pekerja dari awal saya menubuhkan Siti Nurhaliza Production sehinggalah saya mempunyai syarikat produk SimplySiti ,Beausiti dan terbaharu saya membuka Siti Nurhaliza Legacy," ujarnya.

Siti bagaimanapun mengambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencarum Perkeso bagi perlindungan masa hadapan.

WhatsApp Image 2024-05-30 at 14.35.35

Asri (tengah) menyerahkan replika cek kepada Khairul.

Menurut Siti, sebagai anak seni juga wajar untuk menjaga kebajikan dalam membuat caruman persendirian.

"Sebenarnya ramai sedia maklum atau mungkin ada tidak tahu pekerja juga boleh mendapat banyak manfaat daripada Perkeso.

"Tidak kisahlah apa sahaja pekerjaan kita, malah suri rumah juga boleh membuat caruman supaya apa-apa berlaku kita sudah ada perlindungan.

"Mungkin kadang-kadang kita rasa tidak perlu buat caruman, tetapi apabila sesuatu musibah menimpa kita, inilah yang bakal membantu kita," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain