suria

“Aura Tun sangat kuat” - Meremang bulu roma Rita Rudaini dapat jumpa Dr Mahathir, sempat titip pesan buat anak sulung

Rita dan anak-anak kongsi moment pertemuan bersama Dr Mahathir.

PELAKON Rita Rudaini teruja apabila berpeluang bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, menyifatkan pertemuan tersebut sebagai satu kenangan bermakna buat dia dan anak-anaknya.

"Kenangan berharga yang tak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak .

rita tun m 2

Rita dan Qaqa sempat mengambil gambar bersama Dr Mahathir.

"Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat," katanya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi Instagram yang turut memaparkan dia sempat berbual bersama Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang menyambut mesra kehadiran Rita dan anak-anak sempat membawa mereka melawat sekitar pejabatnya.

Dalam pada itu, Rita berkata, anak-anaknya iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa juga teruja dapat bertemu dengan negarawan dihormati itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan cemerlang 3.99 hadiah hari jadi Rita Rudaini, luahan Rayyan sentuh hati netizen

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan anak awak sahaja pandai” - Kongsi video Rayyan baca al-Quran dituduh riyak, Rita Rudaini minta netizen bersihkan hati hitam

Malah Dr Mahathir sempat memberikan nasihat membina selain berpesan agar mereka menjadi insan yang baik.

"Rezeki kami hari ini berjumpa orang yang hebat. Tak puas betul sembang dengan orang hebat. Banyak lagi soalan nak tanya.

"Teruja sungguh Airit Rayyan dan Airit Qaqa jumpa negarawan. Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung," katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut cemburu melihat pertemuan tersebut.

rita 123

Netizen cemburu dengan pertemuan Rita bersama Dr Mahathir.

Mereka juga menganggap anak-anak Rita bertuah kerana dapat bersemuka dengan bekas pemimpin negara.

"Sis (panggilan Rita) berjaya buat kami dengki dengan hangpa.

"Seronoknya Rayyan dapat tanya soalan terus dengan Tun M," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain