PENYANYI Cliff Umar mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin. Pengakuan tersebut dibuat oleh Cliff atau Abdullah Umar Joseph, 42, di hadapan majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta yang sama. Cliff merupakan juara program GV7. Cliff yang juga merupakan juara program Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) ditahan di Subang Jaya pada Ahad lalu sekitar pukul 3.30 petang kerana memiliki heroin seberat 0.39 gram. Penyanyi ini boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Dalam prosiding yang berlansung Timbalan Pendakwa Raya memohon tarikh baharu bagi sebutan laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000. ARTIKEL BERKAITAN: Cliff Umar ‘blur’ Elly Mazlein datang minta maaf, tak tersinggung dengan gurauan kasar ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu terkejut diumum juara GV7, Cliff Umar akui tak fikir dulu sebelum cakap - “Irritating yang saya maksudkan bila cakap pakai face mask di atas pentas” Peguam mewakili Cliff bagaimanapun memohon rayuan supaya nilai lebih rendah memandangkan penyanyi itu menanggung isteri dan empat orang anak. Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan 31 Julai depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!