suria

[V] Pernah berkawan rapat, Fify Azmi ‘unfollow’ lepas tahu Syazwan Zulkifly sudah ada kekasih

PERNAH dikatakan sedang berkawan rapat, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly tidak lebih sekadar rakan biasa.

Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 34, berkata dia juga memilih tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status aktor berkenaan.

"Kami pernah rapat tapi tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya.

2246463

Fify dan Syazwan pernah rapat sekitar Ogos 2023.

"Itu salah! Itu sebab saya tidak dengan dia tapi kami masih berkawan dan lepak bersama," katanya kepada mStar.

Fify berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Menurut Fify, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya.

Katanya dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan rapat selepas putus cinta, Fify Azmi sangka Syazwan Zulkifly garang tapi rupanya kelakar

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak puas enjoy punca tak jadi kahwin Nafiez Zaidi, Fify Azmi jawab berkeras mahu berpisah - “Tak perlu buka aib sesiapa”

"Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba (mengurat) saya... yang tak sedar lebih baik unfollow.

"Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah," kongsinya.

Dalam pada itu, Fify berkata akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.

Jelasnya ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekasihnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.

Saya tak pernah tutup pintu hati cuma saya tiada masa fikir fasal bercinta.

FIFY AZMI

PELAKON

"Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik.

"Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa," ujarnya.

Bagaimanapun dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini sibuk dengan kerjayanya.

"Saya tak pernah tutup pintu hati cuma saya tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya," jelasnya.

DSC07800

Fify jadi kapten bola keranjang dalam filem Padu The Movie.

Dalam perkembangan lain, Fify muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.

Selain Fify sebagai Kapten Izzati, Padu The Movie turut dibintangi Jojo (Naib Kapten Mulan), Thanuja (Center Kalai) dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).

Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain