suria

Selepas 3 tahun berkahwin, Ainul Aishah selamat bersalin puteri sulung

Ainul belum kongsi nama dan wajah puteri sulung.

PELAKON Ainul Aishah selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ainul atau Ainul Aishah Azizun, 39, menerusi Instastory miliknya.

"Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 29 Mei 2024 pada pukul 12.46 tengah hari,” katanya ringkas.

ainul 1

Ainul kongsi khabar gembira di media sosialnya.

Bagaimanapun Ainul tidak berkongsi lebih lanjut mengenai kelahiran bayi sulungnya itu.

Malah dia juga masih merahsiakan nama dan wajah anaknya.

Dalam pada itu, Ainul memberitahu dia bersedia menerima kedatangan tetamu yang mahu melawatnya di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah selamat bergelar isteri ahli perniagaan... Syukur dikurniakan suami penyayang

ARTIKEL BERKAITAN: Ainul Aishah terima hakikat kurang tawaran kerana usia meningkat

"Kepada rakan-rakan dan keluarga yang berhasrat untuk melawat saya dan bayi di hospital, WhatsApp atau DM (mesej langsung) saya okey,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ainul sempat berkongsi rakan-rakannya mengadakan majlis gender reveal bagi mengumumkan jantina anaknya.

Untuk rekod Ainul mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Khalid Redzuan pada September 2022 selepas lima tahun bercinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain