suria

“Kenapa marah saya?” - Putri Ariani tak tahu media tunggu, jawab dakwaan ‘sidai’ wartawan Malaysia 2 jam

Putri menjelaskan situasi sebenar selepas sidang media.

PENYANYI asal Indonesia Putri Ariani tampil memberi penjelasan berhubungan dakwaan dia tidak melayan sekumpulan pengamal media Malaysia untuk ditemu bual dalam satu sesi sidang media pada Rabu.

Menurut Putri, 18, dia tidak dimaklumkan bahawa masih ada wartawan menunggu untuk meneruskan temu bual selepas selesai sesi tersebut.

"Selepas saya keluar dari bilik (sidang media), saya diberitahu oleh pihak penganjur acara dan promoter bahawa acara sidang media sudah selesai.

putri ariani 4

Putri minta tidak menyalahkan dirinya.

"Jadi saya tidak tahu ada wartawan yang masih menunggu," katanya.

Putri menulis perkara tersebut di Insastory miliknya beberapa jam selepas banyak media menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakannya.

Malah katanya isu tersebut sepatutnya ditujukan kepada pihak penganjur dan tidak meletakkan kesalahan atas dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Putri Ariani ‘sidai’ wartawan 2 jam, bapa tak benar sambung temu bual bersama media

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap juara di hati juri, Simon Cowell sifatkan Putri Ariani berlian jarang ditemui

"Bukan saya yang buat acara, jadi tanya saja kepada penganjur.

"Semua tadi sudah berjalan lancar dan selesai. Kenapa marah saya?" jelasnya.

Finalis program America's Got Talent itu hadir dalam satu sesi sidang media yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya bagi mempromosikan Walkerworld Tour 2024 bersama pemuzik terkenal Allan Walker.

putri ariani 2

Putri dan Allan mempromosikan lagu baharu mereka.

Ketika sesi sidang media, Putri juga dianggap acuh tidak acuh menjawab soalan media berhubung acara berkenaan dan hanya sempat membalas tiga pertanyaan.

Difahamkan sesi temu bual berkumpulan dihentikan bagi memberi ruang untuk penyanyi itu makan kerana belum menikmati sebarang juada sejak pagi.

Memahami keadaan itu, pihak media bersetuju menunggu dan berharap dapat menyambung temu bual selepas Putri selesai makan.

Bagaimanapun selepas dua jam menunggu kelibat Putri tetap tidak kelihatan dan diberitahu bapanya iaitu Ismawan Kurnianto tidak membernarkan anaknya itu bertemu media.

Tindakan tersebut dianggap kurang profesional berbanding Allan yang mesra melayan bertemu wartawan meskipun selesai sesi sidang media secara rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain