KOLABORASI bersama Datuk Shiela Majid dalam satu konsert yang bakal berlangsung pada 29 Jun nanti bagaikan satu mimpi jadi kenyataan buat kumpulan muzik asal Indonesia iaitu Diskoria. Bagi dua anggotanya iaitu Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat, persetujuan Sheila satu penghargaan besar buat mereka kerana bukan mudah untuk mendapatkan figura tersebut. Malah kata mereka, ramai dalam kalangan artis dari Indonesia juga turut meluahkan rasa cemburu atas kolaborasi ini. Aat (kiri) dan Merdi teruja untuk bertemu peminat Malaysia. "Ramai mahu berkongsi pentas dengan Sheila dan bukan mudah untuk dapat peluang ini. Apabila beliau setuju, ia bagaikan mimpi jadi kenyataan. "Sheila seorang penyanyi amat dikagumi di Indonesia. Rasanya kami tak minta apa lagi selepas dia sudi bekerjasama. "Ramai juga rakan-rakan artis yang tidak percaya dan cemburu kerana Sheila memberi kata setuju," kata Merdi mewakili Diskoria. ARTIKEL BERKAITAN: Pamungkas dan Nadhif Basamalah bakal kongsi pentas, muzik galau ambil alih Zepp Kuala Lumpur 3 Mei ARTIKEL BERKAITAN: D'Masiv datang KL buat konsert lagi, pertama kali nyanyi lagu baharu... Tak sabar cari nasi kandar dan Musang King Kumpulan ini ditemui ketika sidang media konsert A Time Travel Diskoria With Special Guest Sheila Majid yang berlangsung di Kuala Lumpur. Konsert berkenaan dijadualkan akan diadakan pada 14 Jun ini bertempat di Zepp, Kuala Lumpur. Tambah Merdi mereka juga berbesar hati diberi peluang sekali lagi untuk menghiburkan peminat di Malaysia. Sheila seorang penyanyi amat dikagumi di Indonesia. Rasanya kami tak minta apa lagi selepas dia sudi bekerjasama DISKORIA "Ini merupakan kali ketiga kami membuat persembahan di KL. Setiap kali datang ke sini, kami amat teruja kerana sambutan diberikan sangat baik. "Malah sejak kami melancarkan lagu pertama dahulu pada tahun 2018, banyak respon kami terima daripada peminat Malaysia," ujarnya. Bercakap tentang trend muzik dibawa kumpulan ini, Merdi meluahkan rasa bangga apabila ia turut mendapat sambutan dalam kalangan peminat muda. Muzik Diskoria diminati pelbagai peringkat umur. Meskipun pelbagai genre yang terus bersaing namun muzik mereka masih ada peminat tersendiri. "Kami pernah mendapat undangan untuk menyanyi di majlis ulang tahun dan amat terkejut apabila mendapat tahu ia meraikan seorang yang masih berusia remaja," jelasnya. Pada acara konsert nanti Diskoria akan membawa tema 1980-an dan berharap peminat dapat memeriahkan suasan dengan berpakaian mengikut era tersebut. Tiket dijual serendah RM165 sehingga RM320 dan boleh didapati di www.myticket.asia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!