WARTAWAN yang hadir ke sidang media WalkerWorld Tour 2024 berang apabila disidai penyanyi asal Indonesia Putri Ariani selama dua jam. Putri, 18, hanya sempat menjawab tiga soalan dari pihak media sebelum sesi tersebut dihentikan penganjur atas alasan penyanyi itu masih belum makan sejak pagi. Memahami keadaan Putri, pihak media bersetuju menunggu sehingga penyanyi itu selesai menjamu selera sebelum menyambung kembali temu bual. Ariani bersama Alan ketika berada di sidang media WalkerWorld Tour 2024. Bagaimanapun selepas dua jam menunggu, kesemua wartawan kesal apabila finalis program America's Got Talent itu tidak memunculkan diri. Wakil penganjur kemudiannya memberitahu bapa Putri iaitu Ismawan Kurnianto tidak membenarkan anak perempuannya itu berjumpa media tempatan bagi menyambung sesi temuramah yang dijanjikan sebelum ini. "Maaf, bapa baru maklumkan Putri tidak turun bertemu media untuk sambung semula sesi temu bual. "Maaf media terpaksa tunggu hampir dua jam," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tetap juara di hati juri, Simon Cowell sifatkan Putri Ariani berlian jarang ditemui ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America's Got Talent Untuk rekod, Putri memulakan karier nyanyian dengan menyertai program realiti Indonesia's Got Talent 2014. Penyanyi itu kemudian menyertai uji bakat program realiti, America's Got Talent membawakan lagu ciptaannya berjudul Loneliess. Putri menjadi perhatian apabila menerima 'golden buzzer' daripada Simin Cowel dalam program tersebut. Terbaharu, penyanyi itu tampil dengan lagu terbaharu bersama Alan Walker berjudul Who I Am. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!