JARAK usia bukan menjadi penghalang buat pelakon Muntazar Gufran memilih aktres Saidah Kamarudin untuk dijadikan teman hidupnya. Mula berkenalan sejak Januari tahun lalu, Muntazar atau Muhahammad Muntazar Gufran, 21, juga sudah bergelar tunang Saidah yang berusia 28 tahun. Bagi Muntazar keserasian di antara mereka membuatkan dia yakin Saidah adalah wanita terbaik buatnya. Keluarga juga menerima baik hubungan Muntazar dan Saidah. "Umur hanyalah sekadar nombor sahaja. Dia seorang yang senang untuk berkomunikasi dan ada ketika waktu sukar saya. "Selepas berkenalan kami ambil masa selama sebulan sebelum bercinta. Hujung tahun 2023 kami sudah merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya. "Alhamdulillah, syukur majlis pertunangan berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Hati tiba-tiba terdetik nak kahwin, Aliff Iskandar kini sudah bergelar suami ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Rahim timang anak lelaki, beri nama Muhammad Hud Adyan Majlis pertunangan Muntazar dan Saidah berlansung pada Sabtu lalu di sebuah inap desa di Klang, Selangor yang dihadiri oleh ahli keluar serta teman rapat. Pasangan ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Menurut Munzatar juga dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dalam usia muda. Bagi saya apa yang lebih penting adalah niat untuk berkahwin MUNTAZAR GUFRAN PELAKON "Saya yakin dengan keputusan melangkah ke fasa seterusnya dan sentiasa berdoa apa dirancang akan diterima Allah. "Kalau boleh tahun depan saya menjadi lelaki yang sudah berumah tangga... Saya sedar tanggungjawab sebagai suami itu besar. Bagi saya apa yang lebih penting adalah niat untuk berkahwin. "Saya banyak mendengar nasihat dan cerita tentang perkahwinan di usia muda serta mendapat wanita lebih berusia," jelasnya. Muntazar banyak mendengar nasihat untuk menjadi suami. Bercakap lanjut tentang hubungan mereka, Muntazar juga banyak berkongsi pengalaman sebagai seorang pelakon memandang dia sudah mula terlibat dalam bidang ini ketika berusia enam tahun. "Kami tidak pernah berlakon sama. Awal perkenalan pun melalui teman-teman kami namun saya rasa kami cukup serasi bersama. "Saya banyak berkongsi dengannya tentang dunia lakonan dan pengalaman yang pernah saya lalui sejak kecil. Mungkin sebab itu juga kami menjadi rapat," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!