PELAKON Indonesia iaitu Baim Wong memuji bakat lakonan Anna Jobling sehingga memilih aktres itu memegang watak utama dalam filem terbaharu arahannya berjudul Lembayung. Jelas Baim, 43, Anna memenuhi semua kriteria yang diperlukan selain mempunyai pakej lengap bagi watak sebagai Tantri. "Pemilihan Anna memerlukan waktu berbulan, kerana saya mahu pelakon dengan imej yang segar untuk Tantri. Baim terbang ke Kuala Lumpur bagi bertemu Anna. "Ternyata Anna pelakon yang sangat bagus," katanya. Baim berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa. Dalam pada itu, Baim menjelaskan dia sanggup terbang ke Malaysia bagi melihat sendiri kualiti lakonan Anna. ARTIKEL BERKAITAN: Terikut-ikut trend pelik, Baim Wong dituduh tak sayang anak ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anna Jobling kenal Sarah Yasmine, pertama kali jumpa di Singapura... Puji orangnya baik Menurutnya proses uji bakat bersama Anna juga hanya mengambil masa sehari sebelum memilihnya sebagai heroin Lembayung. "Saya harus terbang ke Malaysia kerana ingin mencari pelakon yang sesuai untuk Tantri. "Perjalanan casting singkat sangat, satu malam saja dan terus saya pulang ke Jakarta," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!