suria

Uyaina Arshad akhirnya rasai pengalaman menyusu badan, anggap nikmat dari Allah

Uyaina meluahkan rasa syukur dapat menyusu badan pada anak keduanya.

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad bersyukur akhirnya dia dapat merasai nikmat dan pengalaman menyusu badan bayi keduanya.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, sebelum ini dia tidak dapat melakukan perkara sama untuk anak pertamanya disebabkan mengalami masalah lidah pendek atau ‘tongue tie’.

"Alhamdulillah, merasa breastfeed (menyusu badan) untuk baby kali ini. Syukur Alhamdulillah.

"Pengalaman saya masa Urhan (anak sulung) dulu, dapat susu badan kurang dari dua minggu sahaja, sebab dia ‘tongue tie’.

size NP 1 - 2024-05-29T094502.404

Uyaina berkongsi pengalaman menyusu badan di Instastorynya.

"Jadi bila baby kedua ini dapat fully breastfeed, saya sangat-sangat bersyukur," katanya.

Uyaina berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam hantaran sama, aktres itu menyifatkan pengalaman menyusu badan adalah satu nikmat dari Allah SWT.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tampal nota ‘sorry slow, wife czer’ belakang kereta, sweetnya layanan Raja Syahiran kepada Uyaina

"Sebenarnya, breastfeed ini adalah satu kelebihan dan nikmat yang besar. Nikmat Allah yang mungkin tak semua ibu dapat rasa," jelasnya.

Pada 17 Mei lalu, Uyaina selamat melahirkan cahaya mata kedua melalui proses pembedahan susulan mengalami masalah jantung.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain