suria

Yuna Rahim timang anak lelaki, beri nama Muhammad Hud Adyan

Yuna dan bayi lelakinya sudah dibenarkan pulang.

PELAKON Yuna Rahim selamat melahirkan cahaya mata pertama pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya iaitu Muhammad Nurakmal Ayub yang turut meluahkan rasa syukur dengan kelahiran cahaya mata lelaki itu.

Kata Akmal, Yuna selamat melahirkan anak mereka di sebuah pusat peruabatan di Kuala Lumpur pada pukul 1.59 petang.

size NP 1 (84)

Akmal meluahkan rasa syukur selepas Yuna selamat melahirkan cahaya mata mereka.

"Alhamdulillah Ya Allah. Isteri saya selamat bersalin pada jam 1.59 petang, 27 Mei 2024.

"Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga kalian semua dirahmati di dalam naungan Ilahi. Amin Ya Allah.

Akmal berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Rahim minta maaf pakai hot pants, video dirakam sebelum bulan puasa

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘I Love You Mr Clown’ Yuna Rahim sah bergelar isteri, perkenalan singkat bawa ke jenjang pelamin

Dalam hantaran lain, Yuna memberitahu dia dan bayi sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Yuna turut berkongsi nama anak sulungnya iaitu Muhammad Hud Adyan menerusi satu hantaran di Instastory miliknya.

Untuk rekod, Yuna dan Muhammad Nurakmal mendirikan rumah tangga pada 18 Februari tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain