suria

Hati tiba-tiba terdetik nak kahwin, Aliff Iskandar kini sudah bergelar suami

Aliff bernikah dengan Najihah pada Sabtu.

DALAM diam-diam penyanyi Aliff Iskandar selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Najihah Rizal dalam satu majlis yang berlangsung secara tertutup pada Sabtu lalu.

Tidak banyak berkongsi mengenai hubungan cinta sebelum ini, Aliff atau nama sebenarnya Nor Aliff Iskandar Norazmi, 24, berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi.

"Sejak awal lagi saya lebih selesa untuk simpan kisah ini. Memang ada niat nak beritahu tetapi saya menunggu waktu yang tepat.

aliff iskandar 2

Aliff selamat bergelar suami kepada Najihah.

"Rasanya lebih elok saya beritahu apabila sudah bergelar suami isteri. Ini adalah kisah privasi saya dan biarlah perjalanan hidup saya begitu," katanya kepada mStar.

Menurut Aliff, majlis pernikahan itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Kangar, Perlis, manakala mas kahwin serta hantaran dirahsiakan.

Pasangan ini juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Iskandar cari kekasih yang memahami, kerjaya artis buat wanita cepat cemburu

ARTIKEL BERKAITAN: Buat lagu ikut trend pasaran, Aliff Iskandar terpaksa lupakan dulu citarasa sendiri

Bercerita detik pertemuan dengan isteri, Aliff berkata mereka mula mengenali sejak empat tahun lalu dan hubungan menjadi lebih rapat sejak beberapa bulan lalu.

"Kami dalam kumpulan rakan yang sama dan dah kenal sejak empat tahun lalu. Namun tidaklah terlalu rapat. Hanya kenal wajah dan nama sahaja. Bertegur pun jarang.

"Cuma sejak beberapa bulan lalu kami mula berbual dan mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Apabila sudah rapat barulah kami rancang untuk berkahwin," ujarnya.

Tambah Aliff, hatinya terbuka untuk menerima Najihah, 24, sebagai isteri kerana wanita itu cukup memahami dirinya dan mereka berkongsi banyak persamaan.

aliff iskandar 3

Aliff sebelum ini tidak berkongsi kisah cinta secara terbuka.

Malah dia juga memberitahu hatinya secara tiba-tiba terdetik untuk mendirikan rumah tangga ketika berbual bersama peminat dalam sesi secara langsung di laman TikTok.

"Perasaan datang untuk berkahwin datang secara tiba-tiba waktu tengah live. Saya rasa sudah bersedia untuk menyayangi seseorang dan melangkah ke fasa seterusnya. Saya bersedia untuk menjalani kehidupan baru.

"Banyak persamaan antara kami yang membuat saya memilih Najihah. Dia juga seorang yang sangat memahami," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain