suria

[V] Kisah kekasih curang bukan gimik... Iman Troye tangguh belajar demi lagu baharu

Iman sentiasa kekalkan keputusan cemerlang dalam pelajaran walau jadual sibuk.

TERBUKA hati berkongsi kisah diri dicurangi, penyanyi Iman Troye memberitahu ia bukankah gimik untuk meraih perhatian orang ramai.

Kata Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, 22, dia juga sama seperti wanita lain pernah melalui fasa bercinta dan putus di tengah jalan.

"Saya hanya kongsi perkara random yang dirasakan berkaitan dengan diri sendiri atau orang sekeliling. Saya juga seperti orang lain yang bercinta dan putus cinta.

iman troye 1

Perkongsian Iman tentang dicurangi pada 1 Syawal lalu menimbulkan tanda tanya ramai.

"Apa yang saya kongsikan sebelum ini bukanlah gimik atau sengaja mahu tarik perhatian ramai," katanya kepada mStar.

Iman ditemui ketika majlis Raikan Keputusan SPM anjuran pusat tuisyen PTTI yang mana dia juga merupakan duta serta ikon bagi institusi pembelajaran berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Bercakap mengenai perkembangan seni, Iman bakal melancarkan lagu baharu berjudul Kemboja dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk menangguhkan seketika pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lelaki kalau nak curang...” - Iman Troye kembali single, beri bayangan kena ‘tinggal’ 1 Syawal

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada je lelaki baik” - Iman Troye dedah kisah dicurangi, tak serik bercinta lagi... Rancang kahwin usia 30 tahun

"Untuk lagu kali ini saya betul-betul mahu beri fokus dan sebab itu saya buat keputusan untuk tangguh dahulu pengajian satu semester. Saya sasarkan akan sambung semula pengajian selepas capai yang saya mahukan tahun ini.

"Sebelum ini pun saya ambil masa untuk tampil dengan lagu baru kerana tidak mahu terlalu gelojoh. Kita kena bersaing dengan ramai artis, jadi saya lebih pendekatan bertenang," ujarnya.

Saya juga seperti orang lain yang bercinta dan putus cinta

IMAN TROYE

PENYANYI

Sementara itu Iman juga meluahkan rasa bangga apabila penglibatan bersama PTTI sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan motivasi pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Bukan sekadar bertindak sebagai duta, malah Iman juga menunjukkan contoh terbaik apabila dia sendiri berjaya memperoleh anugerah dekan dalam pengajiannya.

iman troye 3

Iman berbangga kongsi inspirasi bersama pelajar PTTI.

"Saya sendiri sebelum bergelar penyanyi dah berjanji dengan ibu bapa untuk habiskan SPM dan sambung belajar. Syukur setiap semester saya berjaya mendapat anugerah dekan. Bersama PTTI saya bukan sekadar menghiburkan pelajar tetapi berkongsi dan memberi inspirasi kepada mereka," jelasnya.

Dalam majlis sama PTTI juga mengumumkan insantif wang tunai sebanyak RM500 bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bagi SPM tahun 2024.

Bukan itu sahaja malah sebuah kereta juga ditawarkan dalam peraduan PTTI Better Results.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain