BELUM habis tempoh berpantang selama 44 hari, penyanyi Shila Amzah berkata dia bakal menyambung kerja lebih awal daripada sepatutnya. Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan persembahan termasuklah terbang ke luar negara. "Saya perlu bekerja selepas habis 44 hari berpantang, mungkin juga tak sempat habis pantang. Shila mendedahkan dia sudah mula bekerja dua hari sebelum habis berpantang. "Ada baki dua hari lagi sebelum selesai pantang. "Tapi saya tidaklah kerja setiap hari, ada jarak hari dan masa. Ada yang perlu ke China dan Hong Kong juga," katanya. Shila berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka di Instastory miliknya pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah selamat bersalin anak perempuan, Ubai sebak dapat laung azan... Pilih nama Rhea Akira ARTIKEL BERKAITAN: Tali pusat terbelit, Shila Amzah sekali lagi terpaksa bersalin secara pembedahan... Kali ini lebih mudah sebab Ubai ada di sisi Menyedari pentingnya menjaga kesihatan selepas bersalin, penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini memberitahu dia tetap mengutamakan waktu rehat dan bukanlah bekerja setiap hari. Pada 9 Mei lalu, Shila selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.84 kilogram di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur. Shila bersama suami iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidilillah Mohd Zulkefli, 26, bersepakat memberi nama bayi mereka, Rhea Akira yang membawa maksud kemenangan dan terang. Shila dan Ubai selamat menimang cahaya mata perempuan. Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 5 Ogos tahun lalu. Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!