SELEPAS dilihat menyahaktif akaun Instagram, kali ini penyanyi Hafiz Suip memuat naik foto anak-anaknya di aplikasi TikTok. Menerusi ruangan kapsyen, Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 34, memberitahu dia sangat merindui dua cahaya matanya itu. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah tanda pagar atau kapsyen yang ditulis oleh penyanyi berkenaan. Kapsyen yang ditulis Hafiz mengundang tanda tanya ramai. "Miss them so much... goyah ke tu? (tanda pagar) Terus bersinar, jangan main api," tulisnya. Sebelum ini, penyanyi lagu Awan Nano ini dikatakan hilang selepas menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada 16 Mei lalu. Malah, timbul gosip hubungan rumah tangganya dengan isteri iaitu Nureffy Jesreel Abdullah juga didakwa sedang bergolak. ARTIKEL BERKAITAN: Penurunan berat badan beri kesan pada Hafiz Suip, sudah tak lincah seperti dulu ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kalau ikut cara lama tak menjadi”... Hafiz mengaku ‘marketing’ warna rambut hijau berjaya naikkan nama Bagaimanapun menerusi satu laporan portal hiburan, pengurus kepada Hafiz iaitu Philip tampil menafikan spekulasi berkenaan dan menjelaskan status perkahwinan pasangan itu masih dalam keadaan baik. "Hubungan dia dan isteri baik-baik sahaja. Tiada masalah. "Media sosial miliknya tidak digodam. Mungkin dia sedang sibuk dengan urusan di Sarawak," kata pengurusnya. Rumah tangga pasangan ini dipercayai sedang bergolak. mStar cuba mendapatkan penjelasan Hafiz serta isteri namun gagal kerana mereka tidak menjawab panggilan dan mesej dibuat. Untuk rekod, Hafiz Suip dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube TONTON VIDEO PILIHAN!