suria

Bagi ceramah 2 jam dah boleh balik, Ustaz Kazim mengaku berlakon lagi susah dan penat

Kazim mengakui berlakon lebih memenatkan jika dibandingkan dengan memberi ceramah.

BERKONGSI pengalaman sepanjang berkecimpung dalam bidang lakonan, pendakwah bebas Ustaz Datuk Kazim Elias mengakui kerjaya itu lebih mencabar berbanding bergelar seorang pendakwah.

Menurut Kazim, 52, berlakon ini lebih memenatkan dan memerlukan komitmen masa yang lebih panjang berbeza ketika dia diundang menyampaikan ceramah agama.

"Dah macam superstar bila berlakon filem. Alhamdulillah saya dah ada sitkom sendiri, berlakon telemovie dan drama jadi bila berlakon filem ni saya rasa saya boleh buat.

size NP 1 (81)

Filem Zim Zim Ala Kazim merupakan filem lakonan pertama Kazim.

"Tapi bila saya masuk ke set penggambaran, penat dan letih gila! Pukul 4 pagi kena berlakon dan menunggu dari pukul 9 malam.

"Baik jadi penceramah daripada berlakon. Pendakwah cakap dua jam lepas itu balik, tapi berlakon filem ni susah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Kazim juga sempat berkongsi pengalaman mistik yang terjadi ketika penggambaran filem Zim Zim Ala Kazim.

ARTIKEL BERKAITAN : Tidur asing dengan isteri, Ustaz Kazim berhabis ratusan ribu rawat sakit misteri

ARTIKEL BERKAITAN : Alami luka, berdarah secara tiba-tiba... Kazim Elias akhirnya bercerita tentang penyakit misterinya

Ketika kejadian misteri itu berlaku, Kazim berkata dia tiada di lokasi penggambaran, namun mendengar cerita produksi melihat kelibat lembaga hitam.

"Pengalaman mistik tu kru kena, saya dah biasa. Mereka kena kacau lembaga hitam tapi masa itu saya tiada.

"Cuma saya pesan pada mereka, jangan buat perkara tak senonoh. Adegan tu tetap mereka teruskan kemudian mereka jumpa saya, saya kata baca doa sudah cukup.

size NP 1 (82)

Zim Zim Ala Kazim diinspirasikan daripada kisah benar Kazim.

"Bagi saya jangan maki dia (lembaga hitam) jangan marah dia, sebab itu menguatkan dia," ujarnya.

Selain Kazim, antara pelakon lain yang terlibat ialah Bell Ngasri, Mawi, Ryan Bakery, Iqram Dinzly, Anas Tahir, Santesh, Man Raja Lawak dan ramai lagi.

Filem Zim Zim Ala Kazim akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 13 Jun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain