PELAKON Raja Ilya berkongsi khabar gembira kini hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah pun memasuki lima bulan. Mengetahui dirinya hamil sejak Januari lalu, Ilya atau Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, bagaimanapun menunggu masa sesuai untuk memaklumkan kepada umum. "Keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah tahu. Cuma saya dan suami ambil masa untuk umumkan secara terbuka. Bukannnya nak sorok tetapi rasanya tiada masa sesuai memandangkan situasi yang berlaku di Palestin sekarang. Ilya dan suami teruja bakal menyambut kelahiran anak kedua. "Iyalah, rasanya macam tidak seronok nak berkongsi berita gembira sedangkan keadaan di sana (Palestin) sedang bergolak. "Namun selepas lima bulan, saya dan suami berbincang untuk maklumkan secara terbuka. Perut pun dah tak boleh nak sorok, takut nanti ada yang berkecil hati jika tak kongsi berita ini," katanya ketika dihubungi mStar. Ilya sebelum itu turut memaklumkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Lewat daftar masuk, Raja Ilya buat laporan polis tempahan penginapan dibatalkan... Ejen pula enggan pulangkan bayaran ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun derma kepada Palestin” - Raja Ilya berang netizen tuduh sokong Israel, tak tahu ramai benci Gal Gadot Bercakap tentang kehamilan kali ini, Ilya memberitahu dia tidak mengalami sebarang alahan teruk malah lebih bertenaga berbanding ketika anak pertama dahulu. "Trimester pertama ada juga rasa letih dan selalu muntah. Tetapi sekarang semuanya seperti biasa. Malah saya rasa lebih bertenaga nak buat kerja rumah dan memandu. "Berbanding anak pertama dahulu, kali ini lebih mudah. Sebelum ini emosi tidak stabil," ujarnya. Bukannnya nak sorok tetapi rasanya tiada masa sesuai memandangkan situasi yang berlaku di Palestin sekarang RAJA ILYA PELAKON Ilya yang kini menetap di Perth, Australia juga memberitahu dia berkesempatan untuk meraikan sambutan Aidilfitri bersama keluarga di Taiping, Perak meskipun sedang berbadan dua. "Saya rancang nak raya di sini (Australia) sahaja sebab usia kandungan masih awal. Tetapi suami paksa balik juga. Syukur semuanya selamat dan raya tahun ini sangat meriah. "Cuma berdepan sedikit situasi cemas ketika kami kena scam oleh pengusaha hotel di KL. Mungkin disebabkan terlalu tertekan saya rasa perut kempis dan seperti kandungan sudah tiada. Ilya sempat pulang ke Malaysia menyambut Aidilfitri pada April lalu. "Kami terus lakukan pemeriksaan di klinik dan doktor maklumkan bayi dalam kandungan tiada sebarang masalah," ceritanya. Untuk rekod Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suami yang merupakan warganegara sana. Pasangan ini juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!