suria

Busana RM130,000 Melly Goeslaw rupanya rekaan Ezuwan Ismail, sarat mutiara dan manik seberat 15 kilogram

Ezuwan syukur dan gembira apabila Melly sangat suka baju yang dihasilkannya.

KONSERT Ada Apa Dengan Melly & Friends yang berlangsung pada malam Sabtu melabuhkan tirai dengan persembahan tidak dapat dilupakan penonton.

Bukan sahaja penonton terhibur dengan persembahan mantap Melly Goeslaw namun seleksi busana digayakan penyanyi asal Indonesia itu turut menjadi bualan peminat.

Paling mencuri perhatian adalah busana denim dihiasi ribuan manik dan mutiara diperagakan Melly ketika segmen penutup membuatkan ramai kagum.

NP-42

Busana Melly dihasilkan dengan ribuan manik dan mutiara.

Rupanya, pakaian tersebut adalah rekaan pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Ezuwan Ismail.

Cerita Ezuwan, busana ‘two piece’ jaket dan seluar itu mencecah harga RM130,000 dengan hiasan manik serta mutiara pelbagai saiz seberat 15 kilogram.

“Pakaian itu menggunakan fabrik jenis denim tetapi disulam dengan ribuan manik dan mutiara.

“Keseluruhannya, sebanyak 70,000 mutiara daripada 10 saiz berbeza selain 30,000 manik yang tidak dijual di Malaysia dan disulam di atas fabrik.

ARTIKEL BERKAITAN: Busana ‘Queen of Gold‘ berharga RM120,000, Ezuwan Ismail beli fabrik emas di luar negara khas buat Aina Abdul

ARTIKEL BERKAITAN: Gaun model hampir terlondeh di pentas KLFW2022... Ezuwan Ismail lega, kalau tak kena kecam satu Malaysia!

“Kos baju itu kalau dijual sekitar RM130,000 sebab baju ia dihasilkan sangat teliti,” katanya kepada mStar.

Ezuwan memberitahu dia mengambil masa selama dua minggu bagi menyiapkan pakaian tersebut kerana prosesnya rumit dan perlu dilakukan secara berhati-hati.

Bagaimanapun pereka fesyen itu bersyukur apabila penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta itu sangat menyukai hasil rekaannya.

“Alhamdulillah penerimaan Melly sewaktu pertama kali mencuba baju itu memang dia gembira dengan hasilnya.

NP-40

Ezuwan pereka fesyen pertama hasilkan busana untuk Melly.

“Nak jahit pun sangat rumit sebab kita lakukan secara buatan tangan. Makan masa dua minggu untuk siapkan sepenuhnya,” jelasnya.

Untuk info, Ezuwan memulakan kerjaya sebagai pereka fesyen pada 2010 dan Melly merupakan artis pertama dari Indonesia yang menyarung busana rekaannya.

Malah Ezuwan juga merupakan pereka fesyen pertama dari Malaysia yang membuat pakaian untuk penyanyi dan komposer tersohor itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain