suria

Serangan strok buat Esma Daniel insaf, tinggalkan tabiat merokok selepas 30 tahun

Esma juga seorang yang aktif dalam sukan larian.

SERANGAN angin ahmar pada November tahun lalu cukup membuatkan pelakon Esma Daniel insaf dan mengubah gaya hidup lebih sihat.

Esma atau Esma Daniel Md Isa, 56, berkata, selepas kejadian itu dia mula meninggalkan tabiat merokok selepas 30 tahun menjadi perokok tegar.

Kata pelakon ini, perasaan bimbang dan takut kembali diserang strok membuatkan dia tidak teragak-agak mengambil keputusan tersebut demi kesihatannya.

2397561

Esma ketika menerima rawatan selepas diserang strok.

"Sudah 30 tahun saya menjadi perokok tegar. Tapi kali ini antara hidup dan mati... Bila dekat hospital saya panik terus tak berani sentuh rokok lagi.

"Rasa tak berani dan takut... Kena ingat benda yang menakutkan baru menjadi," katanya kepada mStar.

Cerita Esma, bukan mudah untuknya meninggalkan tabiat tersebut malah dia juga mengalami keresahan pada minggu pertama tidak menghisap rokok.

Bagi mengelakkan dia kembali ke rutin tersebut, dia juga menggantikan rokok dengan sesuatu yang manis.

ARTIKEL BERKAITAN: Esma Daniel diserang strok, rawatan trombektomi endovaskular jadi penyelamat... Siap masuk larian selepas 10 hari masuk hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun menduda, Esma Daniel selamat bergelar suami Nur Atira - “Saya tak mahu gagal lagi”

"Minggu pertama adalah paling susah. Memang terkesan sebab sudah tak tinggal rutin yang selalu saya buat.

"Saya memang susah tidur tapi selepas seminggu Insya-Allah semua sudah boleh dikawal.

"Kalau dulu saya akan isap rokok selepas makan tapi sekarang saya akan ganti dengan sesuatu yang manis," katanya lagi.

Kata Esma, pemikiran juga memainkan peranan penting bagi meninggalkan tabiat buruk itu.

Selepas saya tinggalkan rokok keadaan darah saya semakin okay.

ESMA DANIEL

PELAKON

Jelasnya, perasaan ingin mencuba-cuba juga akan menjadi punca seseorang perokok itu kembali ke tabiat lama.

"Jangan fikir nak cuba-cuba terutama bila lepak bersama rakan yang merokok. Itu tidak boleh!

"Tapi saya sekarang sudah okay... kalau lepak atau bau rokok saya tiada masalah," ujarnya.

Dalam pada itu, Esma memberitahu kesihatannya kini lebih baik selepas meninggalkan tabiat merokok.

Snapinsta.app_440864382_792792506115125_8969861376357369960_n_1080

Esma bersama isterinya yang setia menemani.

Namun dia masih perlu menjaga pemakanan agar tidak berlakunya serangan strok buat kali kedua.

"Selepas saya tinggalkan rokok keadaan darah saya semakin okay dan ubat pun sudah ditukar.

"Tapi ubat masih kena makan sebab saya kena kawal kolesterol agar tidak berlaku strok kali kedua," jelasnya.

Snapinsta.app_445580871_18434338225008504_5587318301327718063_n_1080

Esma semakin sihat selepas berhenti merokok.

Pada November 2023, Esma mengalami serangan strok selepas melakukan rutin larian selepas makan malam bersama isterinya, Nur Atira Mazlan.

Esma dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom seperti wajah menjadi senget selain tangan kirinya kebas sehingga tidak mampu mengangkat gelas.

Malah dia juga menjalani rawatan trombektomi endovaskular iaitu kaedah rawatan terkini bagi mengeluarkan darah beku yang tersumbat dalam saluran di bahagian otak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain