SUSULAN timbul khabar angin kononnya sudah berbaik dengan Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah menerima pelbagai kritikan netizen. Kesal dengan dakwaan berkenaan, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menegaskan dia sudah meneruskan hidup dengan tenang tanpa Aliff. "Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella. "Saya sudah lama ‘move on’ dan cuba hidup tenang," katanya. Bella berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan tangkap layar hantaran berita bertajuk 'kes mahkamah ditunda Bella Astilah didakwa sudah berbaik dengan Aliff Aziz?'. Dalam pada itu, Bella juga meluahkan rasa terkilan apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh wakilnya disalah ertikan. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahu fokus kes cerai, Bella Astillah enggan layan permohonan maaf Ruhainies ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah sudah lama tahu, Sarah Yasmine dalam senarai 11 wanita ada hubungan dengan Aliff Katanya dia menolak untuk ditemu bual sejak kebelakangan ini kerana enggan timbul spekulasi seperti ini. "Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini. "Jawab salah, tak jawab dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing. "Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan. Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul," jelasnya. Bella bahagia bersama dua orang anaknya. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun. Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu. Kes penceraian itu sepatutnya berlangsung dan disambung semula pada 4 Jun lalu ditunda pada 13 Jun ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!