suria

Adik orang pertama mengamuk kalau Bella dan Aliff berbaik, tetap teruskan penceraian

Didi luah rasa bengang dengan berita palsu melibatkan kakaknya.

TUMPANG bengang dengan berita palsu membabitkan kakaknya, adik Bella Astillah menyangkal dakwaan pelakon dan penyanyi itu sudah berbaik dengan Aliff Aziz.

Sebagai orang terdekat, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, berkata kakaknya sudah lama tidak berhubung dengan Aliff.

"Saya pun nak mengamuk bila nampak artikel itu kata berbaik... suka hati saja.

didi 11

Didi ketika lakukan siaran langsung di media sosial miliknya.

"Bila masa berbaik? Berhubung pun tidak! Nak berbaik macam mana? Memang nak cerai!," katanya.

Didi berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Isnin.

Kata Didi, dia tidak pasti bagaimana berita palsu tersebut boleh tersebar sehingga kakaknya menerima pelbagai kecaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah sudah ‘move on’, tuduhan berbaik dengan Aliff Aziz tak benar

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bermanja-manja’ satukan Bella dan Didi Astillah selepas sekian lama, komposer puji hasil kerja dua beradik

Jelasnya, dia juga mengetahui mengenai perkara tersebut daripada rakan-rakan yang menghantar potongan artikel berkenaan kepadanya.

"Saya tak tahu siapa buat cerita, kalau tahu saya akan hubungi dia. Mungkin ada pihak-pihak yang buat cerita macam itu.

"Sebab sudah ramai komen dan hantar. Mula saya ingat nak biarkan tapi bila sudah ramai sangat saya jadi macam geram pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Didi juga meminta agar netizen berhenti mengecam Bella selain meninggalkan komen positif buat kakaknya.

2722644

Didi akan sentiasa menasihati kakaknya.

"Kalau berbaik saya orang nombor satu mengamuk dekat kakak saya. Saya akan jadi wakil netizen... jangan risau.

"Siapa yang sudah terkomen dan rasa geram dekat artikel itu dan kecam bella komen balik dan beritahu berita itu tak betul," jelasnya.

Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, sudah berbaik dengan Aliff.

553 (29)

Konflik rumah tangga Bella dan Aliff bermula sejak Mac lalu.

Khabar tersebut tercetus ekoran kes penceraian Bella yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun ditunda pada 13 Jun ini.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain