suria

[V] Anak meragam bila terlebih kongsi mengenainya di media sosial, Wany Hasrita percaya penyakit ain wujud

Wany lebih berhati-hati dalam berkongsi telatah anak di media sosial.

PENYANYI Wany Hasrita mengambil langkah berhati-hati dalam berkongsi sebarang foto atau video anaknya di media sosial kerana bimbang dengan penyakit ain.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 32, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana pernah merasai sendiri kesan apabila terlebih berkongsi mereka anaknya di media sosial.

"Saya memang kawal perkongsian dalam media sosial sejak dulu lagi. Kalau rasa sudah terlalu banyak, saya akan berhenti sekejap.

wany

Wany ambil langkah berhati-hati dalam berkongsi sebarang foto atau video anaknya.

"Penyakit ain memang wujud. Saya tidak menidakkan perkara itu dan adakalanya apabila terlalu banyak berkongsi, anak akan mula meragam.

"Jadi langkah terbaik adalah jangan keterlaluan apabila memuat naik mengenai anak dan kawal jenis kandungan yang mahu dikongsi kepada umum," katanya kepada mStar.

Wany bagaimanapun bersyukur apabila anaknya iaitu Aishah Al Iman, 2, tidak menjadi mangsa kritikan netizen bermulut jahat.

"Sejujurnya memang saya takut, apatah lagi saya ada kongsikan wajah anak dalam muzik video saya dalam YouTube sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita selamat bersalin bayi perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas seminggu bersalin, Wany Hasrita beri nama anak Aishah Al Iman

“Namun, tindakan itu dibuat dengan niat baik iaitu sekadar nak kongsi kegembiraan kepada semua, cuma tidak dilakukan secara berlebih-lebihan,” katanya.

Dalam pada itu, Wany mendedahkan dia pernah menjadi bahan umpatan yang menyamakan wajahnya dengan haiwan.

Namun dia memilih untuk tidak melayani perkara tersebut kerana menanggap ia sebagai lumrah sebagai seorang selebriti.

"Kita memang tak boleh nak kawal apa mereka nak komen tetapi sebagai pengguna media sosial kita sendiri harus kawal perkongsian atau kawal diri jika terima mesej negatif sebegitu.

wany 2

Wany dedah pernah menjadi bahan umpatan yang menyamakan wajahnya dengan haiwan.

“Kita anggap mereka tidak sihat dari aspek kesihatan mental.

"Kalau ikut hati memang geram sebab saya sendiri pun pernah dihina apabila disamakan seperti ‘khinzir’. Pernah tengok wajah dicermin untuk memeriksa kata-kata netizen.

"Tapi itulah lumrah apabila menjadi tontonan umum,” ujarnya.

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain