PENYANYI Jaclyn Victor mengesahkan bekas suaminya iaitu Shawn Rivera sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya pada April lalu. Jaclyn, 46, berkata, dia sendiri hanya mengetahui perkara itu apabila bekas anggota kumpulan R&B Az Yet itu mengumumkan perkahwinannya menerusi Instastory miliknya. Susulan itu, Jaclyn turut mendoakan bekas suaminya itu bahagia dan rumah tangga yang dibina kekal selama-lamanya. Jac mendoakan Shawn (kiri) dan isteri bahagia selamanya. “Sejujurnya saya sangat gembira sebab sebelum ini dia ada beritahu tidak mahu berkahwin semula tetapi akhirnya bertemu jodoh. “Saya tidak tahu menahu mengenai perkahwinan mereka namun mendapat tahu selepas dia membuat pengumuman di Instagram. “Saya ada ucapkan dan mendoakan dia bahagia,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kemenangan dipertikai, Jaclyn Victor minta netizen bertenang - "Bukan saya beri markah" ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Jaclyn Victor 'perform' final ASGV, Ramli MS sudah tahu siapa juara selepas pusingan solo Jaclyn berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Jaclyn Victor First Solo Concert di Putrajaya pada petang Selasa. Konsert berkenaan bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Oktober depan. Ditanya mengenai hubungan dengan Shawn, penyanyi lagu Gemilang itu berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. Sejujurnya saya sangat gembira sebab sebelum ini dia ada beritahu tidak mahu berkahwin semula. JACLYN VICTOR PENYANYI Malah Shawn sempat datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan anak-anak mereka pada Mei lalu. “Kami masih lagi berkawan dan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Malah, bekas suami masih lagi berhubung untuk berkomunikasi dengan anak-anak. “Bekas suami tidak tinggal di sini tetapi sering berhubung dengan anak-anak menerusi panggilan video atau telefon. Jac dan bekas suami masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak. “Kebetulan awal bulan Mei lalu dia ada pulang ke Malaysia dan sempat bertemu dengan anak-anak,” jelasnya. Untuk rekod, Jaclyn mendirikan rumah tangga dengan Shawn pada Julai 2014 namun bercerai selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 9, dan Molly Marguerite Rivera, 7. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!