PERKARA kecil seperti mendukung dan mencium pipi gebu anak-anak sudah cukup membuatkan Pencetus Ummah (PU) Riz berasa bahagia. Riz atau Harris Ismail, 29, berkata, senyuman anak-anak adalah hadiah dan perkara bermakna dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa. "Antara waktu bahagia bersama anak adalah kita dukung dia, cium pipi gebu dia dan terima balasan ukiran senyuman di wajahnya. Riz mengakui kehadiran kedua-dua anaknya menyerikan lagi kehidupan dia dan Neelofa. "Ketahuilah perkara ini benar-benar bermakna dalam kehidupan abah dan umi... Keinginan ini sentiasa mekar hari berganti hari," kongsinya. Riz berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan beberapa foto bercuti bersama keluarga di London. ARTIKEL BERKAITAN: Titip ucapan manis sempena hari jadi, Neelofa insan hebat terpahat di hati PU Riz ARTIKEL BERKAITAN: Isu majlis pernikahan langgar SOP, polis cadang kompaun Neelofa dan PU Riz Dalam pada itu, Riz menyifatkan kehadiran dua anak lelakinya iaitu Bilal dan Abbas sebagai penyeri kehidupan bersama isteri, Neelofa. Riz berkata, kehadiran mereka berdua turut menghidupkan satu perasaan yang tidak pernah difikirkan akan wujud dalam dirinya. "Kehadiran Bilal dan Abbas menghidupkan satu sudut perasaan yang langsung tak pernah saya fikir wujud. Pasangan ini menikah pada 27 Mac 2021. "Pasti ayah-ayah diluar sana mengerti apa yang ingin saya sampaikan. Terus usaha keras dan konsisten dalam pengorbanan lebih dirasai," ujarnya. Untuk rekod, Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia 10 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!