MASALAH jantung tersumbat menjadi punca pelawak dan anggota kumpulan Senario iaitu Azlee dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Rabu. Isterinya iaitu Aslinda Ayob memberitahu, pada awalnya dia membawa Azlee ke klinik berhampiran rumah mereka susulan pelawak itu mengadu sakit dada. Bagaimanapun doktor meminta dia membawa Azlee terus ke hospital selepas mendapati keadaannya kritikal sebelum dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. "Selepas pergi ke klinik kami sempat balik ke rumah tapi dia memang sudah tidak dapat menahan sakit. Aslinda memaklumkan Azlee mengadu sakit dada dan berpeluh. "Saya telefon ambulans dan terus di bawa ke zon merah Hospital Sungai Buloh tapi tak sampai 10 minit doktor minta pengesahan untuk bawa dia ke IJN kerana keadaannya membimbangkan," katanya ketika ditemui mStar di IJN pada Khamis. Dalam pada itu, Aslinda berkata, dia terkejut apabila doktor di IJN memaklumkan satu saluran darah pada jantung Azlee sudah tersumbat sebanyak 99 peratus. Susulan itu, doktor perlu melakukan prosedur angiografi dan pemasangan stent (tiub kecil) dan dia perlu mendapatkan penjaan di Unit Penjagaan Koronari (CCU) agar pemantauan lanjut boleh dibuat. "Doktor mengesahkan saluran jantung Azlee tersumbat sebanyak 99 peratus dan prosedur pemasangan stent terus dilakukan segera. ARTIKEL BERKAITAN: Azlee dikejarkan ke Institut Jantung Negara, kini ditempatkan di CCU ARTIKEL BERKAITAN: Cari situasi menang-menang dalam soal bayaran, Azlee bukan bongkak tapi ada sebab tolak RM500 "Alhamdulillah keadaannya stabil namun perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang," katanya. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Aslinda memberitahu Azle mula menunjukkan tanda-tanda seperti berpeluh dan sesak nafas selepas pulang menghadiri mesyuarat pada petang Rabu. Sebelum ini juga imbau Aslinda, Azlee pernah menunjukkan gejala seperti tangan menjadi kebas namun tidak pernah menyangka ia simptom sakit jantung. Apatah lagi katanya, Azlee tidak mempunyai sejarah penyakit tersebut melainkan tekanan darah tinggi dan gout. Saya sedar sekitar pukul 3 pagi, nafas saya semakin baik tetapi tidak sepenuhnya elok. AZLEE SENARIO PELAWAK "Dia (Azlee) balik meeting pukul 5.30 petang semalam. Dia rasa berpeluh, panas dan dadanya sakit rasa ketat. "Setahu saya dia tidak ada sakit jantung tetapi dia memang ada darah tinggi. Sudah 10 tahun ambil ubat selain ada masalah gout. "Dia tidak pernah kena serangan jantung tapi mungkin ada simptom yang kami tak perasan. Kadang-kadang tangannya kebas tapi saya ingat itu simptom kencing manis," jelasnya. Azlee kini berada dalam keadaan stabil. Sementara itu, Azlee ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila pembedahan selama dua jam berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Azlee memberitahu dia bernasib baik kerana masalah dihadapi belum pada tahap kronik sehingga terpaksa membuat pembedahan pintasan jantung atau bypass. "Saya sedar sekitar pukul 3 pagi, nafas saya semakin baik tetapi tidak sepenuhnya elok kerana masih dalam proses penyembuhan. "Tapi doktor ada beritahu semalam saya bernasib baik kerana masalah saya tidak kronik sampai perlu menjalani pembedahan pintasan jantung," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!