JIKA masa boleh diputar kembali, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki akan mengubah beberapa perkara yang pernah dilakukan dalam hidupnya. Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, ini termasuk cara dia mendidik anak-anaknya selain mengejar kejayaan dalam karier dengan cara berbeza dan bijak. "Kejayaan yang patut saya cari perlu lebih bijak fasal dalam hidup kita banyak 'try and error'. Kehidupan kita ini tiada buku manual bagaimana cara menjaga anak atau cara bekerja. "Kita buat, kita gagal... Kegagalan itu cikgu paling besar! Andai masa boleh diputar, saya tidak mahu terlalu mencuba mencapai sesuatu kejayaan," katanya kepada mStar. Afdlin terbitkan novel Papadom untuk hargai pengorbanan seorang bapa. Afdlin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran novel Papadom di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Mengulas mengenai novel tersebut, Afdlin memberitahu filem Papadom mempunyai nilai sentimental dan peribadi buat dirinya sebagai seorang bapa. Afdlin memberitahu watak Saadom mewakili semua bapa yang terpaksa bekerja keras dan berkorban demi keluarga tersayang. "Skrip Papadom saya tulis dengan meletakkan diri saya sebagai seorang bapa yang ada rasa kesal kerana tidak dapat menjadi aya terbaik. ARTIKEL BERKAITAN: Filem 'Papadom' berjaya kutip RM2.4 juta dalam masa 13 hari ARTIKEL BERKAITAN: 'Papadom 2' Karya Terbaik Afdlin Shauki "Saya mula terfikir tentang ciri-ciri seorang bapa terbaik yang saya mahukan. Saadom melambangkan kebanyakan bapa di dunia dengan dilema serupa. "Bapa yang menyayangi keluarga dan mahu memberi kehidupan terbaik kepada keluarga sehingga sanggup berkorban dan bekerja keras demi membahagiakan keluarga," ujarnya. Sementara itu, Afdlin menjelaskan novel itu dihasilkan selepas 15 tahun filem Papadom ditayangkan kerana faktor masa. Namun katanya, dia mengambil keputusan menulis novel tersebut selepas melihat kurangnya novel berkaitan pengorbanan seorang bapa di pasaran. Papadom mempunyai nilai sentimental dan amat peribadi buat Afdlin. "Masa jadi penghalang utama, bila ada masa baru saya menulis tetapi saya teruskan sebab merasakan tidak banyak novel berkaitan bapa di pasaran. "Sebab itu saya yakin Papadom boleh menjadi salah satu rujukan tentang hubungan bapa dan anak yang saya rasa baik sebagai bahan bacaan masyarakat," jelasnya. Novel terbitan YWP Media Sdn Bhd ini bakal dijual di kedai-kedai buku tidak lama lagi namun hanya 1,000 naskhah dikeluarkan untuk cetakan pertama. Papadom dijual pada harga RM19.90 di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak RM22.90. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!