suria

[V] Khai Bahar minta bukti keluar masuk kelab malam, hati jadi ‘kosong’ sejak pemergian ibu

Khai didakwa semakin kerap menghadiri kelab malam, namun penyanyi itu menafikan tuduhan tersebut.

LAMA mendiamkan diri berhubung dakwaan semakin liar, penyanyi Khai Bahar akhirnya buka mulut menjelaskan tuduhan kononnya gemar berparti di kelab malam.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, menjelaskan dakwaan tersebut tidak benar malah merasakan perkara itu sengaja diperbesar-besarkan tanpa bukti kukuh.

Malah Khai tidak gentar jika ada pihak boleh membuktikan dakwaan dia seorang yang liar dan gemar melakukan aktiviti tidak berfaedah.

size NP 1 - 2024-06-05T184759.173

Khai nafi dirinya semakin liar dan suka kerap berparti

"Kalau tak ada bukti jangan cakap! Saya kenal siapa kawan saya dan mereka juga faham keadaan saya.

"Ikut suka hati mereka nak cakap apa asalkan mereka puas hati... Bila dah penat nanti mereka akan berhenti sendiri.

"Nak melawan pun tidak membawa sebarang faedah," katanya kepada mStar.

Khai menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sesi Media Gathering Bersama Khai Bahar yang diadakan pada petang Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar betul-betul hilang sabar, netizen fitnah rakan baik siap petik nama arwah ibu... “Aku kenal kawan aku”

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar maafkan pemfitnah tuduh berseronok ketika arwah ibu sakit, mahu fokus perbaiki diri

Mengulas dakwaan kononnya dia gemar berparti ketika Allahyarham ibunya iaitu Rosnah Muhammad jatuh sakit, Khai menyangkal dakwaan tersebut.

Jelas Khai, tuduhan itu mungkin merujuk kepada kehadirannya di sebuah pusat karaoke bagi menyambut hari jadi rakannya dan ia berlaku sebelum ibunya jatuh sakit beberapa tahun lalu.

"Saya bukan seorang yang baik tapi dakwaan gemar berparti itu tidak benar. Saya hanya pergi pusat karaoke, itu pun menyambut hari jadi seorang rakan.

"Perkara ini sudah timbul dua tiga tahun lalu dan itu pun sebelum ibu saya jatuh sakit," katanya.

Dalam pada itu, Khai turut menegaskan dakwaan dia bersikap liar ketika ibunya jatuh sakit juga adalah fitnah.

Kalau tak ada bukti jangan cakap! Saya kenal siapa kawan saya dan mereka juga faham keadaan saya.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Kata Khai, sejak kesihatan arwah ibunya merosot dia jarang sekali menghabiskan masa bersama rakan-rakan apatah lagi berparti.

Sebaliknya dia kerap pulang ke kampungnya di Perlis untuk menziarahi ibunya jika tidak mempunyai sebarang komitmen penting.

"Apabila ibu jatuh sakit pada 2022, saya sudah jarang jumpa kawan-kawan atau melepak sebab menghormati ibu yang kurang sihat.

"Saya fokus kepada mak yang sakit sebaliknya kalau rasa nak berkaraoke saya akan mengajak kawan-kawan datang ke rumah," jelasnya.

size NP 1 - 2024-06-05T184831.187

Hati Khai Bahar rasa 'kosong' selepas pemergian ibu tercinta.

Bagaimanapun selepas pemergian ibunya pada 2 Januari lalu, dia hilang hati untuk kembali bergaul dengan rakan-rakan sebaliknya hanya fokus kepada karier dan perniagaan diusahakan.

Kata Khai, meskipun dia kelihatan normal namun hati dan fikirannya sentiasa berasa kosong apabila teringatkan arwah ibu.

"Sejak ibu meninggal memang saya tidak berhibur kecuali melibatkan hal kerja.

"Sekarang memang macam tiada hati. Fikiran saya kosong teringatkan arwah ibu. Saya rasa semua benda macam 'stuck'," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain