suria

Ustaz Don masih tunggu arahan RTM, tak tahu perlu ‘berehat’ program Salam Baitullah

Ustaz Don masih menunggu arahan daripada RTM.

PENDAKWAH bebas Don Daniyal tidak dimaklumkan tentang keputusan dia direhatkan daripada terus mengendalikan program Salam Baitullah siaran RTM.

Pengurusnya iaitu Ana memberitahu pihaknya masih menanti arahan secara rasmi daripada pihak produksi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Setakat ini kami masih belum dapat apa-apa arahan. Biasalah media akan keluar dulu perkara itu.

Snapinsta.app_447335773_2133015833733366_7208406627129899383_n_1080

Imam Muda Megat Mohd Zaid (kiri), Ustaz Don, Fakrul Razi dan Farah Diana Anuar.

"Kami akan tunggu dulu dan kalau perlu kami keluarkan kenyataan secara rasmi.

"Pihak kami pun tak mahu melebihi RTM jadi kami tunggu dahulu jawapan pihak mereka," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sementara itu, Ana juga enggan mengulas mengenai isu melanda Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, ketika ini sebaliknya pendakwah itu lebih layak menjelaskan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah, RTM mahu elak perbalahan berpanjangan

ARTIKEL BERKAITAN: Komen melampau sampai sakitkan hati seseorang, Ustaz Don pesan tegur cara berhikmah dengan kasih sayang

Ini termasuk desakan meminta pendakwah itu membuat peromohan maaf secara terbuka susulan berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan cerita dan hadis palsu.

"Saya rasa yang itu lebih baik Ustaz Don yang jawab sendiri, sebab saya pun tak boleh mewakili tuan badan.

"Netizen pun minta penjelasan daripadanya, jadi dia lebih sesuai jawab perkara itu. Kami tidak mahu gelojoh dalam membuat keputusan.

"Kami selesaikan dulu dengan RTM kemudian baru fikir tindakan yang lebih sesuai," jelasnya.

suhaimi 1

Suhaimi enggan nama baik Salam Baitullah terjejas.

Sebelum ini, ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memaklumkan pendakwah bebas itu direhatkan daripada daripada mengendalikan program Salam Baitullah.

Katanya langkah tersebut diambil bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen di media sosial.

Malah pihaknya juga enggan kongroversi membabitkan Don menggangu penyiaran program berkenaan sepanjang musim Haji tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain