suria

Sedar sudah buat perkara salah, Sarah Yasmin dah tak minat suami orang - “Saya jenis tahu malu”

Sarah mengakui sekadar berkawan dengan suami orang.

WANITA yang pernah dikaitkan sebagai kekasih gelap pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menegaskan dia sudah tidak lagi berminat menjalinkan hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

Sarah, 24, berkata, dia tidak mahu lagi mendekati suami orang kerana tahu perkara itu salah dan mahu menutup kisah silamnya.

"Saya dah tak sondol laki orang sebab saya tahu ia salah!

"Semua habis tutup buku, tutup cerita biarpun apalah ceritanya dengan mana-mana lelaki," katanya.

Copy of Untitled (38)

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

Sarah menulis perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu dia sedar tindakannya sebelum ini disifatkan sebagai memalukan dan berjanji akan menjaga batas dalam pergaulan selepas ini.

"Saya dengan lelaki orang semua hanya berkawan saja, tidak ada satu pun yang disondol dengan saya lagi.

"Saya jenis tahu malu, saya bukan sama jenis macam Ruhainies," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk fikir orang lain sampai hilang selera makan, Sarah Yasmine kini fokus diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine sedia buat ujian air kencing, bimbang ada orang lain ‘sangkut'

April lalu, nama Sarah menjadi perhatian ramai selepas dia mengaku sebagai kekasih Aliff dan secara terbuka berkongsi kecurangan aktor itu bersama pelakon Ruhainies.

Tidak terhenti di situ, pendedahan Sarah turut membabitkan beberapa nama selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice dan Meerqeen.

Sarah juga mengakui kesilapan dan memberitahu dia sudah berhubung dengan isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum tekad berkongsi di media sosial.

Pada 22 April lalu, Sarah muncul mendedahkan dia dalah kekasih Aliff sejak Januari lalu.

2677144

Sarah sebelum ini mengaku dirinya kekasih Aliff.

Dia membuat pendedahan itu kerana tidak tahan melihat pelakon itu teruk dikecam susulan dicekup berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Sejak itu, Sarah mula mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan dipercayai di antara Aliff dan wanita dinamakan sebagai NRF di Instagram miliknya.

Disebabkan itu, kontroversi membabitkan Aliff, Ruhainies dan Bella Astillah bertambah rumit apatah lagi turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain.

Bagaimanapun sejak awal Mei lalu, Sarah mula mendiamkan diri daripada membuat sebarang pendedahan susulan menerima notis daripada mahkamah di Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang Aliff.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain