PELAKON Mona Allen selamat melahirkan cahaya mata kedua pada petang Selasa. Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 39, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan bayi lelaki dan keadaan baik. "Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Mona selamat melahirkan anak kedua pada petang Selasa. "Alhamdulillah syukur semua baik-baik sahaja," katanya. Mona berkongsi berita gembira itu menerusi InstaStory miliknya pada pagi Rabu. Dalam pada itu, Mona turut memberitahu akan berkongsi gambar bayinya tidak lama lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Mona Allen umum hamil, bakal timang anak kedua tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen mengaku silap muat naik video nampak rambut ketika bercuti, sibuk urus anak sampai terlepas pandang "Insya-Allah kita akan kongsi gambar baby, sekarang saya tengah rehat," ujarnya. Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga bersama pelakon Pekin Ibrahim, 43, pada 7 Disember 2018. Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Petra Pekin yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!