suria

Buat main-main amaran jangan bawa laju, anak Kak KM jatuh motosikal

Faris (kiri) terjatuh motosikal sewaktu menjemput adiknya pulang sekolah.

AKIBAT tidak mendengar kata, anak usahawan sensasi Kak KM terjatuh ketika menunggang motosikal sewaktu menjemput adiknya pulang dari sekolah pada petang Selasa.

Kak KM atau Liana Rosli berkata, dia sudah berpesan kepada anaknya iaitu Mohd Faris agar menunggang motosikal dengan berhati-hati memandangkan cuaca hujan.

Bagaimanapun pesanannya itu tidak diendahkan apabila Faris dan adik perempuannya iaitu Rania terjatuh sehingga mengalami luka ringan.

km1 - 1

Kak KM menyapu ubat pada luka Faris.

“Geram saya dengan si Faris ini. Saya minta tolong dia ambil adiknya balik sekolah, lepas itu tadi hujan renyai-renyai pula.

"Saya sudah pesan suruh bawa motosikal baik-baik, dia pula melawan main-main cakap nak bawa laju-laju, tak sampai 10 minit tergolek," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Kak KM memberitahu Faris tidak menghubunginya selepas kejadian kerana bimbang dimarahi olehnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM, berkat doa solat hajat setiap hari

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah tempat saya mengadu" - Kak KM tahan air mata, bisnes mula terganggu gara-gara banyak produk tiruan

Kata Kak KM, meskipun Faris dan Rania pulang ke rumah dengan keadaan kaki yang sudah luka namun mereka tetap dimarahinya.

"Kejadian berlaku dalam waktu Maghrib tadi. Bila dia jatuh tu, tak ada maknanya dia nak telefon beritahu saya. Dia takut.

"Dia ingat bila dah jatuh tu tak kena marah, lagi teruk dia kena," ujarnya.

Kak KM bagaimanapun memaklumkan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan akan membawa mereka ke klinik sekiranya luka bertambah teruk.

"Alhamdulillah keadaan mereka baik-baik sahaja, saya hanya sapukan ubat anti bakteria.

km2 - 1

Kak KM beri pesanan kepada Faris sebelum keluar rumah.

"Nanti sekiranya luka itu teruk saya akan bawa mereka ke klinik," katanya.

Sebelum ini, Kak KM memuat naik video memaparkan keadaan anaknya yang mengalami luka kecil di bahagian kaki dan perut.

Menerusi perkongsian video yang dibuat, Kak KM menyapu ubat di bahagian luka sambil meleteri anak-anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain