PENYANYI Datin Alyah berkongsi berita gembira apabila memperkenalkan orang baharu dalam rumah tangganya bersama pemuzik terkenal Datuk Ramli MS iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Izzara. Alyan atau Nor Hasliah Abu Hasan, 43, menyifatkan dia dan suami tidak pernah merancang kehadiran Nur Izzara namun menyifatkan ia perancangan terbaik dari Allah SWT. "Nur Izzara hadir dalam hidup kami... Tidak pernah terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambaMu," katanya. Alyah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Selasa. Alyah meraikan Izzara dalam majlis cukur jambul. Penyanyi itu turut berkongsi beberapa foto yang diambil bersempena majlis cukur jambul dan aqiqah bayi berkenaan. Dalam pada itu, Alyah meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan biarpun merasa rendah diri dengan segala kekurangan yang dimilikinya. "Terlalu banyak kebaikan yang diberikan pada kita hingga adakala kita malu nak meminta lebih padanya kerana banyaknya dosa-dosa kita. ARTIKEL BERKAITAN: Dapat panggilan tunaikan haji, Alyah umum tarik diri program 'The Hardest Singing Show' ARTIKEL BERKAITAN: Alyah tunai haji tanpa Ramli MS, tarik diri ‘The Hardest Singing Show’ kerana perlu buat banyak persiapan "Tapi dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau maha baik Ya Allah, lagi Maha Penyayang," ujarnya. Alyah turut mengucapkan terima kasih buat semua individu termasuk sanak-saudaranya yang bertungkus lumus mengadakan majlis aqiqah cukur jambul Izzara. "Terima kasih adik-beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah sahaja mampu membalasnnya," katanya. Untuk rekod, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Ramli pada 2013 di Indonesia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!