suria

Kesihatan makin baik, Jalil Hamid syukur dah boleh makan daging kambing... Doktor pesan ikut sunah

Kesihatan Jalil semakin baik malah baru selesai menjalani penggambaran untuk dua buah filem.

PELAKON Jalil Hamid meluahkan rasa syukur keadaan kesihatannya kini sudah beransur pulih.

Kata Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 67, dia kini sudah boleh menikmati makanan lebih berat selain bubur dan susu.

"Alhamdulillah setakat ini dah boleh makan dan Allah beri ruang untuk saya teruskan hidup, syukur Alhamdulillah.

"Selepas pembedahan dahulu saya cuma boleh makan makanan yang sudah hancur seperti bubur dan susu.

size NP 1 - 2024-06-03T163937.946

Jalil suka makan daging kambing.

"Tapi saya minta kebenaran dengan doktor untuk makan makanan lain, tapi dia kata syaratnya kena kunyah sampai hancur ikut sunnah Rasulullah SAW," katanya kepada mStar.

Jalil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran novel adaptasi filem Abnormal Buas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Sabtu

Ditanya apakah makanan kegemarannya, Jalil berkata dia sangat sukakan daging kambing.

Malah dia sanggup kunyah sedaya upaya untuk merasai nikmat makanan kegemarannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN : Jalil Hamid kuat lawan sakit, hilang selera makan gara-gara anxiety... Masih menanti tawaran kerja

ARTIKEL BERKAITAN : “Apa dosa pelakon senior?” - Jalil Hamid tak hairan dilabel hero tua, sejak muda disuruh berlakon jadi datuk

"Saya ni suka makan kambing, pantang jumpa memang nak makan. Itu yang berusaha kunyah juga. Tambah pula waktu itu masa raya haji, lawan sahaja, Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah," ujarnya.

Sebelum ini, Jalil disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun 2022.

Dia kemudiannya mendedahkan mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram (kg) dan hilang selera makan.

Bercakap mengenai karier lakonan, Jalil memberitahu dia baru selesai penggambaran untuk dua buah filem dan bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam bidang berkenaan.

size NP 1 - 2024-06-03T163919.855

Jalil baru selesai penggambaran uuntuk dua buah filem.

"Sekarang baru-baru ini Alhamdulillah saya selesai berlakon untuk dua filem.

"Dua filem ini saya berlakon selepas beransur sihat, untuk teruskan kehidupan okaylah bersyukur sahaja," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu berjudul Abrnormal Buas turut menampilkan Jalil sebagai pelakon bakal ditayangkan di pawagam pada 20 Jun ini.

Selain Jalil, filem terbitan Respected Netizen Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aeril Zafrel, Adlin Aman Ramli, Kodi Rasheed, dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain