BEKAS pekerja Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan penyanyi tersohor itu sebagai bidadari apabila sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM90,000 bagi menyiapkan kerja ubah suai kediamannya sekitar dua tahun lalu. Khairul Azmir Abdul Hamid, 58, berkata, Siti dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengeluarkan wang sebanyak itu selepas dia ditipu kontraktor sehingga menyebabkan kerja ubah suai rumahnya tergendala. "Saya pernah kena tipu dengan kontraktor tapi Datuk K dan Siti yang membantu saya siapkan ubah suai rumah itu. "Siti dan Datuk K memberi RM90,000 untuk siapkan projek yang tergendala. Kebaikan Siti disifatkan umpama bidadari. "Terdiam saya ketika itu. Baik betul hati majikan saya. Sayalah saksi hidup yang melihat kebaikan mereka. Siti betul-betul seorang bidadari," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Khairul memberitahu kerja-kerja ubai suai kediamannya itu sebelum ini tertangguh hampir setahun sebelum sampai ke pengetahuan Siti dan Khalid. Kata Khairul, dia terkejut apabila pasangan suami isteri itu tidak teragak-agak memberikan wang berkenaan dan meminta kerja ubai suai itu diselesaikan. "Saya kena tipu. Kontraktor larikan diri ketika kerja-kerja ubah suai sudah separuh jalan. Hampir setahun terbengkalai begitu sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Mujurlah Siti Nurhaliza sedar sejak awal, bekas staff sakit kronik dapat pencen ilat dan rawatan dialisis ARTIKEL BERKAITAN: Pentingkan kesihatan ibu, peminat puji Siti Nurhaliza siap bawa doktor peribadi bercuti ke Korea "Apabila dapat tahu perkara itu, Datuk K marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab kontraktor itu dan mengeluarkan wang RM90,000 untuk teruskan kerja-kerja ubah suai," ujarnya. Bercerita lanjut tentang kebaikan Siti dan suami, Khairul mendedahkan bekas majikannya itu juga tidak mahu dia membayar semula wang tersebut sebaliknya hanya meminta dia mengingati mereka sekeluarga dalam doanya. Hilang kata-kata dengan kebaikan ditunjukkan, Khairul yang pada ketika itu baru sahaja diserang angin ahmar hanya mampu terharu dengan pertolongan diberikan. "Saya tak tahu nak cakap apa, saya rasa terharu. Baik betul majikan saya ini. RM90,000 bukan sikit, banyak tu. "Datuk K cakap tak perlu bayar semula. Dia tidak minta duit yang penting doakan dia dan keluarganya. "Sewaktu itu saya sedang strok teruk dan Datuk K menyatakan doa orang yang sakit ini makbul. Jadi dia hanya minta saya doakan yang baik-baik untuk keluarganya," katanya. Khairul menerima replika cek selepas menerima faedah pencen ilat sebanyak RM3027.92. Sebelum ini, Khairul memuji Siti sebagai seorang majikan bertanggungjawab dan prihatin dalam melunaskan kebajikan pekerja. Khairul yang pernah berkhidmat selama 20 tahun bersama Siti kini sudah tidak mampu bekerja kerana strok selain menderita penyakit buah pinggang kronik dan diabetes sejak dua tahun lalu. Disebabkan tanggungjawab Siti membuat caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), nasib Khairul terbela apabila menerima faedah pencen ilat sebanyak RM3027.92 sebulan. Selain itu, Khairul turut mendapat kemudahan rawatan dialisis sebanyak RM150 untuk setiap sesi rawatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!