suria

Khai Bahar pernah berdepan masalah anxiety, bergantung pada ubat untuk tidur

Khai semakin bijak tepis kontroversi melanda.

SERING terpalit dengan pelbagai kontroversi, penyanyi Khai Bahar mendedahkan pernah bergantung kepada ubat tidur bagi membolehkan dia berehat sekitar tahun 2019.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata ketika itu dia terkena serangan panik dan kebimbangan melampau membuatkan dia mendapatkan rawatan.

"Saya pernah kena serangan anxiety dan serangan panik sehingga saya rasa lost. Saya pergi dapatkan rawatan dan doktor syak saya ada kemurungan dan anxiety.

khai 2

Khai pernah rasa berjuang untuk terus hidup.

"Kalau tak dikawal memang akan jadi teruk sebab ia membahayakan," katanya kepada mStar.

Menurut Khai, ketika itu hidupnya seakan tidak terurus malah terasa seperti sudah dihujung hayat.

Bagaimanapun selepas menjalani pemeriksaan, dia mendapati serangan tersebut adalah disebabkan tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Khai Bahar minta bukti keluar masuk kelab malam, hati jadi ‘kosong’ sejak pemergian ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar betul-betul hilang sabar, netizen fitnah rakan baik siap petik nama arwah ibu... “Aku kenal kawan aku”

"Bila saya buat pemeriksaan, doktor kata ia berpunca daripada masalah gerd disebakan permakanan dan tidak menjaga waktu tidur.

"Jadi doktor minta saya untuk jalani hidup sihat dan hampir setahun lebih juga saya berusaha untuk semua itu," katanya lagi.

Menurut Khai dia juga dibekalkan ubat tidur bagi membantu proses pemulihannya namun lebih selesa untuk pulih secara semula jadi.

Saya buang sebab tak nak biasakan bergantung dengan ubat.

KHAI BAHAR

PENYANYI

Malah dia juga mengamalkan gaya hidup sihat selain memaksa dirinya tidur pada waktu yang sepatutnya bagi mengelakkan keadaan itu berpanjangan.

"Saya ada dapat ubat tidur... saya ambil dalam dua hari dan selepas itu saya buang sebab tak nak biasakan bergantung dengan ubat.

"Saya paksa diri tidur sampai sakit badan-badan, dalam setahun saya buat semua itu. Sekarang sudah okay," jelasnya.

kk

Khai amalkan gaya hidup sihat.

Jelasnya, selepas kejadian itu dia sentiasa menaman fikiran positif agar serangan itu tidak kembali.

Keadaan mentalnya juga dalam keadaan baik terutama jika berdepan dengan kontroversi yang kurang enak.

"Bila ada pengalaman macam itu... ada perkara yang trigged saya macam kontroversi saya sudah boleh lawan," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain