suria

[V] Dakwah berjaya tarik perhatian ramai, Kazim Elias anggap rugi ‘rehatkan’ Ustaz Don Daniyal

Kazim (kanan) harap perlu ada penjelasan berhubung isu melibatkan Don.

PENDAKWAH bebas Datuk Mohammad Kazim Elias memganggap isu merehatkan seketika penglibatan Ustaz Don Daniyal dalam sebuah program televisyen adalah satu kerugian besar.

Kazim, 52, menjelaskan anak didiknya itu seorang yang cukup baik dalam menyampaikan dakwah selain sering menjadi tumpuan masyarakat yang tertarik dengan kuliah disampaikan.

Pendakwah itu juga melihat ada keperluan untuk pihak terlibat termasuk Don sendiri menjelaskan situasi sebenar berhubung isu dibangkitkan.

kazim 1

Don juga merupakan salah seorang anak didik Kazim.

"Cara penyampaian Ustaz Don sangat mudah dan berjaya menarik minat ramai. Jadi bagi saya satu kerugian kalau dia tidak boleh lagi berdakwah di media utama.

"Mungkin ada pencerahan yang perlu dibuat. Saya juga pernah melalui situasi sama tetapi pegangan saya hanya buat terbaik... Insya-Allah pihak TV dan radio akan panggil semula," katanya kepada mStar.

Kazim mengulas perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim yang diadakan pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah, RTM mahu elak perbalahan berpanjangan

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don masih tunggu arahan RTM, tak tahu perlu ‘berehat’ program Salam Baitullah

Berkongsi lanjut mengenai kontroversi melanda Don, Kazim memaklumkan pendakwah itu sudah pun dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjelaskan situasi sebenar.

Susulan itu, Kazim meminta orang ramai tidak sewenang-wenangnya menghentam Don sebaliknya memberi teguran dan nasihat membina kepadanya.

"Dalam hal ini kita kena berlapang dada. Masyarakat juga janganlah terus menghentam dia seolah-olah langsung tiada kebaikan dilakukan

Saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula.

DATUK KAZIM ELIAS

PENCERAMAH BEBAS

"Jika dia ada buat kesalahan nasihatlah secara baik. Dia perlu melalui proses ini kerana ia adalah asam garam dalam dunia dakwah," ujarnya.

Tambah Kazim, dia sendiri tidak mahu memberi tekanan kepada anak didiknya itu walaupun Don ada menghubunginya sebelum ini.

"Tak perlu saya beri nasihat. Saya faham dia seorang yang terbuka dan tidak akan lawan semula. Saya tidak mahu beri dia tekanan walaupun dia ada hubungi saya," jelasnya.

don 1

Suhaimi (kanan) rehatkan penglibatan Don kerana enggan memanjangkan perbalahan.

Nama Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, hangat diperkatakan selepas dia berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan hadis palsu.

Susulan kekecohan itu, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman merehatkan Don daripada mengendalikan program Salam Baitullah.

Jelas Suhaimi tindakan itu dibuat bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen berhubung isu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain