SUDAH hilang sabar! Usahawan kosmetik Eriyca Baiduri bengang apabila mengetahui ada pihak dikenali cuba merosakkan hubungannya dengan anak-anak tiri.Dakwa Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 34, individu berkenaan yang juga merupakan ahli keluarga kepada arwah isteri suaminya sering melakukan provokasi dengan menulis komen negatif di media sosial. Justeru itu, Madammmu dan suami iaitu Muhammad Azri Che Noh, 45, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya individu berkenaan berterusan melakukan perkara sama."Saya tengah tunggu sekali sahaja lagi! Sekiranya makcik (individu berkenaan) masih melakukan provokasi, saya tidak teragak-agak untuk hantar surat peguam.Madammu hilang sabar terhadap individu yang sengaja mencetuskan provokasi."Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana perkara ini pun sebenarnya sudah berlaku bertahun-tahun lamanya."Saya tidak pernah menganggu kehidupan dia, malah di dalam sesi siaran langsung di media sosial juga saya tidak pernah menyebut tentang rumah tangga suami saya sebelum ini. Saya masih menghormati mereka," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.Menurut Madammu, individu berkenaan yang bergelar nenek saudara kepada anak-anak tirinya iaitu Zahara, Qally dan Ahmadi sering menulis komen negatif di media sosial.Malah, wanita itu sering dilihat tidak berpuas hati setiap kali netizen memuji wajahnya seiras dengan anak-anak tiri.ARTIKEL BERKAITAN: "Kayden aktif dan suka ketawa" - Madammu dedah wajah anak, foto buat followers ikut perjalanan IVFARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk sipi-sipi muka baby, Madammu tak mahu terlalu 'expose' di media sosial... Enggan anak hilang privasi"Makcik itu adalah nenek saudara kepada anak-anak tiri saya. Makcik ini suka buat provokasi dekat kebanyakan video-video ejen saya."Dia tidak boleh melihat sekiranya netizen mengatakan muka anak-anak tiri sama seperti saya."Dia akan komen cakap Ahmadi (anak tiri lelaki) ni ikut muka arwah ibunya. Dia macam tidak boleh terima orang cakap muka anak-anak seperti saya," ujarnya.Apa yang membuatkan usahawan kosmetik itu lebih berang, apabila anak lelakinya iaitu Ahmad Kayden turut menjadi mangsa individu berkenaan. Sekiranya individu berkenaan masih melakukan provokasi, saya tidak teragak-agak untuk hantar surat peguam.MADAMMUUSAHAWAN KOSMETIKKata Madammu, komen berkenaan dilihat sensitif kerana boleh melukakan hati semua anak-anaknya itu."Apa yang membuatkan saya hilang sabar, makcik itu komen di video Kayden yang ada netizen puji muka anak saya ada iras seperti Ahmadi."Dia boleh komen cakap... tolong sikit muka tak sama, mak lain-lain!"Bayangkan anak-anak saya sudah besar. Kalau mereka baca bukannya tak kenal itu nenek saudaranya... Sudah tentu mereka kecil hati kerana bercakap yang tidak baik tentang adik mereka," katanya.Hubungan Madammu dan anak-anak tiri memang sangat akrab.Sebelum ini, Madammu meluahkan rasa kesal menerusi siaran secara langsung di TikTok miliknya dan bercerita tentang kelakukan seorang individu yang digelar sebagai 'makcik'.Ujar Madammu, individu tersebut didakwa cuba untuk merosakkan hubungan antara dia dan anak-anak tirinya.Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadi.Pada Jun tahun lalu, Madammu selamat melahirkan anak pertamanya iaitu Ahmad Kayden.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!