SETELAH berehat hampir tiga tahun, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul My Home Is In Your Arms pada Jumaat. Sama seperti karyanya sebelum ini, Daiyan, 31, mencipta sepenuhnya lagu berkenaan daripada bait lirik mahupun melodi. Menurutnya, lagu ini ditulis dengan naratif kisah cinta yang menyentuh hati berkenaan pasangan yang mahu memperbaiki hubungan. Daiyan teruja dapat bergandingan dengan Meerqeen. "Lagu ini menggambarkan fasa di mana hubungan menjadi goyah dan tidak stabil. "Ia mengingatkan kita tentang memori yang menyebabkan pasangan jatuh cinta antara satu sama lain untuk terus mempertahankan hubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha buat tindakan drastik, batal kontrak bersama jenama antarabangsa ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Daiyan Trisha pertahan diri, tunjuk bukti buat sumbangan ke tabung Palestin cecah RM100,000 Muncul dengan sisi berbeza, My Home Is In Your Arm mengetengahkan genre pop alternatif diterbitkan oleh Kuizz Shah. Lebih menarik, muzik video lagu berkenaan diarahkan oleh rakan baiknya iaitu pelakon Nadhir Nasar dan dibintangi aktor Meerqeen. My Home Is In Your Arm bakal menemui pendengar di semua platform digital bermula Jumaat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!