PENYANYI Shila Amzah meluahkan rasa bengang apabila namanya dikaitkan dalam satu bentuk skin pelaburan perniagaan secara atas talian. Tampil menafikan penglibatan dirinya itu, Shila atau Nur Nurshahila Amir Hamzah, 34, menjelaskan dia tidak pernah terbabit dalam mana-mana aktiviti pelaburan sedemikian. "Ini satu perkara bodoh. Saya nak menegaskan bahawa saya tidak pernah masuk apa-apa jenis trading. Sebuah portal yang berkongsi tentang Shila terlibat dengan pelaburan. "Tiada istilah masukkan duit dan tiba-tiba jadi kaya," katanya. Shila menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Jumaat. Dalam hantarannya itu, dia turut memuat naik satu artikel portal yang menulis tentang dirinya berkongsi kesusahan hidup ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19. ARTIKEL BERKAITAN: Buat perkara betul untuk diri dan anak, Shila Amzah tak rasa malu pernah bercerai ARTIKEL BERKAITAN: Belum habis pantang tapi Shila Amzah dah sedia sambung kerja... Bakal terbang ke China dan Hong Kong Menerusi petikan laporan berkenaan, Shila dikatakan terpaksa menggunakan duit simpanan untuk meneruskan hidup semasa tempoh sukar itu. Malah ia turut mendakwa penyanyi ini terlibat dalam sebuah skim perdagangan sebagai salah satu cara pantas untuk mendapatkan wang. Kata Shila, dia bimbang jika laporan berkenaan menyebabkan ramai orang terpedaya sehingga mengalami kerugian. Shila bimbang ramai terpedaya dengan penipuan menggunakan namanya. "Sebarkan perkara ini terutamanya buat mak cik dan pak cik yang dah terpadaya dengan benda mamcam sebegini. "Portal ini pun tidak menggunakan otak juga," tegasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!