BEKAS isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada terkejut dengan tindakan bekas ibu mentua yang didakwa bercerita mengenai dirinya kepada orang terdekat. Kata Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia mengetahui mengenai perkara tersebut daripada pengikut yang memaklumkan mengenai perbualan mesej itu menerusi media sosial. "Pengikut saya hantar screenshot itu, saya terkejut bila ada orang mesej saya seperti itu. Saya sangat hormat dekat ibu mentua saya. Antara mesej yang diterima Shuhada dipercayai dikirim pengikut media sosialnya. "Saya tak nak perkara ini berpanjangan... bagi saya isu ini sudah selesai. Jadi saya cakap dekat mereka (follower) perkara itu tidak benar saja," katanya kepada mStar. Shuhada bagaimanapun berkata dia tidak menghubungi bekas ibu mentuanya untuk mendapatkan penjelasan lanjut kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan. Malah dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana enggan menyimpan sebarang dendam. ARTIKEL BERKAITAN: Ajak suami orang keluar minum, Nurul Shuhada buat laporan polis... Yakin dalang penyebaran fitnah mengenalinya ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan elak masak sambal sotong, Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi... “Ini lauk kegemaran dia” "Rasanya kali terakhir saya dapat (paparan skrin perbualan) bulan lepas... Saya sampai terfikir-fikir apa yang tak habis lagi. "Saya dan keluarga terima perkara itu dan tak nak panjangkan lagi perkara itu. "Kami tak nak simpan perkara itu sampai menjadi dendam... sebab dendam ini macam bara api nanti terbakar pula diri sendiri, jadi biarkan saja," ujarnya. Saya pun tak kacau sesiapa jadi saya harap dia berhenti. NURUL SHUHADA BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga berharap agar bekas ibu mentuanya itu berhenti daripada menjaja mengenai dirinya memandangkan dia sudah melupakan kisah lalu. Baginya, sebarang isu berbangkit melibatkan dirinya dengan bekas suami biarlah diselesaikan sesama mereka sahaja. "Saya pun tak kacau sesiapa jadi saya harap dia berhenti dan lupakan perkara itu. "Saya pun sudah move on... kalau boleh tak nak keruhkan keadaan biar saya dan mereka yang selesaikan. Shuhada kini lebih bahagia bersama anak-anak. "Keluarga saya pun tidak terlibat dalam perkara ini," jelasnya. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai tahun lalu. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube